Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Iqram Dinzly Mengaku Pergi...

JIKA sebelum ini nama Iqram Dinzly hangat diperkatakan disebabkan tindakannya memarkir kenderaan yang...

Lelaki Didakwa Pukul Suspek...

KOTA BHARU - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

Pendaftaran GST Meningkat Kepada...

KUALA LUMPUR - Bilangan syarikat mendaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah...

Mini Karnival Ibu Tunggal...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia (KSM) bakal menganjurkan Mini Karnival Ibu Tunggal...

EU Tarik Balik Sekatan Minyak Kelapa Sawit Negara

RASMI… Kesatuan Eropah (EU) terdiri Parlimen, Majlis Eropah dan Suruhanjaya Eropah mencapai kata sepakat menarik balik sepenuhnya sekatan penggunaan minyak sawit dalam biofuel mulai 2021 sekali gus memberi keuntungan pada Malaysia.

Kejayaan ini merupakan hasil desakan Malaysia dan lain-lain negara pengeluar minyak kelapa sawit melalui sekatan yang diputuskan pada April 2017 melalui satu resolusi EU, yang kononnya untuk kelestarian alam sekitar global.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Kelapa Sawit (MPOC), Datuk Dr. Kalyana Sundram tindakan kerajaan BN sebelum ini ternyata tidak sia-sia kerana berjaya menyelamatkan ekonomi minyak sawit negara.

“Sejak sekatan itu diluluskan, EU menerima pelbagai desakan dan kecaman dari negara-negara pengeluar minyak kelapa sawit terutamanya Malaysia dan Indonesia dan mereka meneliti dan mengambil kira semua desakan-desakan tersebut yang berlangsung selama 18 bulan tanpa henti.

“Akhirnya mereka menarik balik sekatan tersebut dan MPOC serta seluruh rakyat negara ini sangat mengalu-alukan penarikan balik sekatan ini dan keputusan yang dibuat sememangnya tepat pada masanya,” katanya pada akhbar tempatan di Wisma Sawit, MPOC Kelana Jaya, ibu kota, hari ini.

Sejurus selepas Parlimen Eropah mengundi dengan memihak kepada draf undang-undang mengenai tenaga boleh diperbaharui yang mencadangkan penggunaan minyak sawit dalam biofuel dilarang mulai 2021, Malaysia terus mendesak EU untuk tidak mengenakan sekatan minyak sawit negara.


Minyak sawit yang digunakan secara meluas itu menjadi alasan buat EU bahawa komoditi tersebut akan menjejaskan hasrat Eropah untuk melestarikan sektor pengangkutannya jika digunakan sebagai biodiesel.

Malaysia dan Indonesia yang merupakan pengeksport utama minyak sawit dunia akan terjejas sekiranya EU mengambil langkah tersebut dan mahu mencapai hasratnya.  MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori