Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kien Kiat/Boon Heong Mara...

KUALA LUMPUR - Bekas beregu utama lelaki negara, Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong...

Malaysia Ikut PBB Isu...

KUALA LUMPUR - Keputusan untuk membuka kedutaan Malaysia di Baitulmuqaddis, Palestin hanya akan...

Mayat Lelaki Cedera Di...

KUALA TERENGGANU - Mayat lelaki dalam keadaan tertiarap dengan kesan dipukul di kepala...

5 Anggota Polis Thai...

NARATHIWAT - Lima anggota polis sempadan Thailand cedera dalam serangan bom di Kampung...

Everest Jadi Tempat Pembuangan Sampah

KATHMANDU (AFP) – Pendakian komersil selama beberapa dekad menjadikan Gunung Everest sebagai tempat buangan sampah tertinggi dunia apabila semakin ramai pendaki tidak memberikan perhatian kepada kekotoran yang ditinggalkan.

Khemah pendaflour, peralatan pendakian yang ditinggalkan, tong gas kosong malah najis manusia bersepah di laluan ke puncak setinggi 8,848 meter itu.

“Ia menjijikkan, menyakitkan mata. Gunung itu menampung sisa buangan sebanyak bertan-tan,” kata Sherpa Pemba Dorje, yang sudah mendaki gunung itu 18 kali.

Ketika bilangan pendaki semakin bertambah, sekurang-kurangnya 600 berjaya menawan kemuncak tertinggi dunia itu tahun ini sahaja, masalah juga semakin buruk.

Sementara itu, glasiar yang semakin mencair disebabkan kepanasan global mendedahkan sampah yang terkumpul di atas gunung itu sejak Edmund Hillary dan Tenzing Norgay berjaya sampai ke puncak 65 tahun lalu.

Usaha sudah dijalankan. Lima tahun lalu, Nepal melaksanakan deposit sampah sebanyak AS$4,000 (RM15,000) bagi setiap pasukan yang akan dipulangkan jika setiap pendaki membawa turun sekurang-kurangnya lapan kilogram sampah.


Sementara di sebelah Tibet pula, mereka dikehendaki membawa turun jumlah sampah sama dan didenda AS$100 (RM400) setiap kilogram jika tidak berbuat demikian.

Pada 2017, pendaki di Nepal membawa turun hampir 25 tan sampah dan 15 tan sisa buangan manusia, menyamai tiga bas dua tingkat, menurut Jawatankuasa Kawalan Pencemaran Sagarmatha (SPCC). – BHarian Online

Kategori