Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

‘Penceraian Politik’ Buka Gelanggang...

KUALA LUMPUR - 'Perceraian politik' di antara PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)...

Anak Sosilawati Dapatkan Kebenaran...

KUALA LUMPUR - Lima anak jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang mati dibunuh...

BAM Laksana ‘Jendela Penyingkiran’...

KUALA LUMPUR - Pemain di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu memastikan...

Asing Cawan Di Sekolah...

LUMUT - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan dasar sebuah...

Fattah Amin Syukur Dikurnia Isteri Pandai Memasak

PELAKON, Fattah Amin meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang sentiasa berada di sisi dan pandai memasak pelbagai juadah.

Fattah yang merupakan duta produk syampu dan pelembap rambut Strawberry Smoothies berkata dia sendiri tidak pernah menyangka bahawa isterinya, Nur Fazura memiliki kemahiran memasak.

“Pengalaman tahun pertama saya menyambut Ramadan bersama isteri dan selepas berkahwin dengan Fazura, barulah saya tahu bahawa dia pandai memasak,” katanya dipetik Harian Metro.

Fattah Bersama Isteri, Nur Fazura.

Menurut tunggak utama Hero Seorang Cinderella itu, salah satu masakan isteri yang menjadi kegemarannya ialah sambal udang petai.

Malah Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin berkata, isteri mewarisi skil memasak daripada ibu mentuanya.

“Hidangan air tangan menjadi kegemaran saya adalah sambal udang petai. Tapi sebenarnya, banyak lagi hidangan lain dia boleh masak.

“Sejak kecil, dia belajar memasak daripada ibunya cuma tidak tunjuk kepada semua orang di sosial media. Sebab itulah tak ramai orang tahu,” katanya lagi.


Tambah Fattah lagi, dia mengakui Ramadan kali ini amat berbeza kerana dia kini mempunyai isteri menemani untuk bangun sahur.

“Menyambut Ramadan sebagai suami adalah kenangan paling manis dan tak akan saya lupakan. Ada isteri yang boleh minta masakkan dan dia akan hidangkan. Saya yakin semua bergelar suami di seluruh dunia akan sependapat dengan saya,” tambah Fattah.

Fattah dan Fazura selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz sekitar pukul 9.50 malam pada 27 November 2017 lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Berita pernikahan tersebut telah disahkan sendiri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Universal Music dan majlis tersebut hanya dihadiri keluarga terdekat serta teman rapat mereka. – MYNEWSHUB.CC

Kategori