Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Azmin Kelirukan Rakyat Elak...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim...

“PTPTN Makin Menzalimi Anak...

1. Berdasarkan Buku Pakatan Harapan melalui 10 janji 100 hari mereka, Janji ke-6...

Zakar Suami Patah, Isteri...

SEORANG lelaki lingkungan usia 30-an terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital sambil menahan sakit...

Maszlee ‘Hangus Dibakar Netizen’...

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malek dikutuk oleh netizen gara-gara cuba...

Felda United Unggul Di Persada Liga Premier

KUALA LUMPUR – Pendahulu Liga Premier, Felda United mengekalkan kedudukan teratas liga selepas menang tipis 3-2 ke atas Terengganu FC II (TFC II) di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang, malam tadi.

Kemenangan ke-11 berkenaan membolehkan skuad ‘The Fighters’ mengumpul 36 mata setelah mengharungi 15 perlawanan setakat ini.

Pada aksi di Jengka, pasukan tuan rumah dikejutkan dengan jaringan awal pemain pelawat, Bruno Junichi Suzuki pada minit ke-37 sebelum D. Christie Jayaseelan menyamakan kedudukan pada minit ke-46.

Felda United berjaya meraih dua lagi gol menerusi pemain import dari Brazil, Thiago Augusto Fernandes pada minit ke-63 dan minit ke-70, sebelum pemain import dari Nigeria, Akanni Sunday Wasiu mengurangkan defisit jaringan untuk TFC II pada minit ke-84.

Dalam pada itu, pasukan bawahan liga, UKM FC mencipta kejutan selepas meleburkan rekod tanpa kalah Felcra FC menerusi kemenangan 2-0 pada aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Dua gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Faiz Hafiz Adnan seawal minit kelima perlawanan dan pemain import dari Nigeria, Michael Chukwubunna Ijezie pada minit ke-38.


Pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pula naik dua anak tangga ke kedudukan ketujuh liga setelah menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 1-0 hasil jaringan Darren Lok pada minit ke-61 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Bahru.

Kedua-dua pasukan sebelum itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah pemain JDT, Muhammad Fazly Mazlan dan pemain PDRM, Argzim Redzovic, kedua-duanya dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Muhammad Rahmat Jantan kerana bergaduh pada minit ke-84. – BERNAMA

Kategori