Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Hasrat Tak Sampai, Pengantin...

SAYU... Hasrat sepasang bakal pengantin baru untuk ke jenjang pelamin bersama tidak kesampaian...

Kelantan Akui Beli Kereta...

KOTA BHARU - Kerajaan negeri mengakui membeli kereta Mercedes Benz untuk pegawai tinggi...

PAS Zahir Penghargaan Kepada...

KUALA NERUS – PAS menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH)...

PPM Wilayah 2 Gagalkan...

JOHOR BAHARU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menggagalkan cubaan menyeludup...

FIFA Umum Tuan Rumah Piala Dunia 2026 Hari Ini

MOSCOW – Ahli gabungan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini akan memutuskan sama ada Piala Dunia 2026 akan berlangsung di Amerika Utara atau akan kembali ke Afrika buat kali kedua yang menyaksikan Maghribi calon tunggal dari benua itu menyatakan minat selaku penganjur.

Pilihannya adalah jelas – antara tawaran membabitkan stadium hebat di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada atau kesungguhan Maghribi membina kemudahan baru yang belum dibangunkan.

Pada malam sebelum tirai Piala Dunia 2018 di Russia dibuka, seramai 207 ahli gabungan FIFA akan mengundi dalam satu kongres badan pentadbir bola sepak dunia itu.

Maghribi membuat keputusan untuk terus membida sebagai tuan rumah 2026 awal bulan ini biarpun berdasarkan laporan penilaian FIFA menganggap stadium, tempat tinggal dan pengangkutan di negara Afrika Utara itu sebagai ‘berisiko tinggi’.

Laporan itu menjadikan AS-Kanada-Mexico kini mendahului dengan nisbah empat dari lima undian.

Maghribi hanya menerima 2.7 dari lima undian kerana dihujani dengan pelbagai kritikan.

Hasil daripada pemerhatian, petugas FIFA memberi amaran bahawa beberapa infrastruktur baru diperlukan oleh Maghribi jika ingin menjadi tuan rumah dan perkara itu adalah realiti yang tidak boleh dipandang remeh.

Namun usaha Amerika Utara mungkin berdepan kegagalan apabila ada setengah pihak menggunakan sentimen membabitkan populariti Presiden AS, Donald Trump.


Isnin lalu, ketua bidaan Carlos Cordeiro mengulangi sekali lagi menerusi satu kenyataan yang mengatakan bahawa beliau mengundi AS tapi bukan Trump.

“Saya yakin bahawa keputusan akan dibuat berdasarkan merit,” kata Cordeiro.

“Ia bukan membabitkan hal politik tapi kami membicarakan mengenai kepentingan bola sepak dan komuniti sukan ini. Kami tidak mempunyai maksud lain.”

AS tewas kepada Qatar ketika bidaan 2022 kerana membabitkan isu tuduhan rasuah presiden FIFA, Sepp Blatter.

Manakala ramai mempertikaikan kemampuan Maghribi menganjurkan Piala Dunia 2026 kerana buat pertama kali akan membabitkan 48 pasukan yang akan menguji kemampuan tuan rumah. – AFP

Kategori