MEMANG benar kata orang, artis dan kontroversi memang tidak dapat dipisahkan. Maka tidak hairanlah jika dunia seni tanah air sering ‘disajikan’ dengan pelbagai berita kontroversi.
Sebelum ini pelakon bertubuh sasa, Zul Ariffin pernah dihimpit dengan kontroversi konon didakwa berkongsi gambar kemaluan menerusi media sosial sehingga menjadi perdebatan hebat dalam kalangan netizen.
Bagaimanapun, perkara tersebut tampaknya telah diselar oleh kelab peminat pelakon itu yang menegaskan bahawa akaun Zul sebenarnya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi menjejaskan imej aktor tersebut.
Baca: Kecoh! Zul Ariffin Kongsi Gambar ‘Anu’ Di Instagram?
Kali ini, pelakon tampan yang menjadi ‘kegilaan’ penonton itu sekali lagi menjadi sebutan ramai selepas memuat naik sekeping foto yang membuatkan ramai mata ‘terpaku’ lama.
Menerusi entri terbaru, Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin telah memuat naik sekeping gambar memaparkan bentuk badannya yang sasa berlatar belakang suasana di pantai.
Namun, tindakan Zul yang dilihat seolah-olah sedang berjalan sambil membetulkan seluar pendek hampir terlondeh ternyata menarik perhatian ramai terutama peminatnya yang rata-rata terdiri daripada golongan remaja perempuan.
Hasil tinjauan kami menerusi entri tersebut mendapati rata-rata antara mereka dilihat menjadi tidak keruan dek kerana melihat tubuh sasa Zul yang seksi itu.
Malah, terdapat juga segelintir pihak yang dilihat seolah-olah hanyut dalam ‘lautan ghairah’ dengan menjadikan foto aktor tampan itu sebagai bualan lucah.
Sehingga kini, perkongsian tersebut dilihat telah menerima lebih daripada 54,000 tanda suka dan terus menjadi perhatian ramai. – MYNEWSHUB.CC