Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Agong Terima Watikah Pelantikan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini...

Remaja Perempuan Kritikal Ditikam...

JOHOR BAHRU – Seorang remaja perempuan kritikal selepas ditikam seorang lelaki, dipercayai teman...

KKM Jangka 500 Kes...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) menjangka 500 kes harian positif COVID-19 menjelang Mei...

Jimat Belanja Dapur Tawar...

SUNGAI PETANI - Jualan Jimat Belanja Dapur anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)...

Fred Bakal Sarung Jersi Manchester United

LIVERPOOL – Manchester United dijangka akan menandatangani pemain tengah Brazil Fred dalam masa terdekat, dengan pemain itu akan menjalani pemeriksaan perubatan di kelab Liga Perdana Inggeris itu hari ini.

Pemain tengah Shakhtar Donetsk itu dimasukkan pada minit ke-82 dalam aksi persahabatan antarabangsa yang menyaksikan Brazil menewaskan Croatia 2-0 di Anfield.

Fred dilaporkan akan menjalani pemeriksaan perubatan di Manchester sebelum menyempurnakan perpindahan bernilai 55 juta euro (RM255.2 juta).

“Apabila ini berlaku, ia tidak dapat dielak, mereka akan datang kepada kami dan nasihat kami ialah menyelesaikannya secepat mungkin supaya fikiran anda kembali kepada pasukan kebangsaan,” kata pengendali Brazil Tite.

“Jika saya seorang pengendali saya juga akan mendapatkannya.”


Pemain 25 tahun itu menyertai kelab Ukraine, Shakhtar dari kelab Brazil Internacional pada tahun 2013 dan menjadi sebahagian daripada kempen Liga Juara-Juara mereka. – Reuters

Kategori