Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kapal Malaysia Bawa Baja...

DENPASAR - Pihak berkuasa Indonesia di Bali semalam menahan sebuah kapal dari Malaysia...

Polis Tahan Pengasuh, Dakwa...

Putrajaya : Pengasuh ditahan, disyaki mengasari kanak-kanak lelaki di sebuah tadika di Putra...

7 Keutamaan Dalam RMK-12

KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh keutamaan akan diberi perhatian oleh kerajaan dalam Rancangan...

Mangsa Kemalangan ‘Hilang’: Kereta...

KAJANG - Sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan...

Geng Pecah Rumah Remaja Bawah Umur Diberkas

MARANG – Dua remaja lelaki bawah umur berusia 14 dan 16 tahun antara suspek yang ditahan dalam operasi membanteras aktiviti pecah rumah yang dijalankan sepasukan polis pada Jumaat dan Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid berkata suspek yang berusia 14 tahun itu masih belajar di sebuah sekolah menengah di Marang manakala rakannya tidak bersekolah dan mempunyai beberapa rekod jenayah seperti mencuri dan penyalahgunaan dadah.

Menurut beliau dua remaja tersebut bersama tiga lagi suspek yang ditangkap adalah anggota ‘Geng Mie Tiger’ yang dipercayai aktif menjalankan aktiviti pecah rumah di sekitar kawasan Marang, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu.

“Ketua kumpulan yang dikenali sebagai ‘Mie Tiger’ berusia 29 tahun mempunyai 19 rekod jenayah sejak 2003 termasuk kesalahan mencuri, dan penyalahgunaan dadah.

“Siasatan awal mendapati, geng tersebut merekrut dua remaja berkenaan bagi memudahkan kerja pecah masuk kerana bentuk badannya yang kecil sementara anggota yang lain berkawal di luar rumah.

“Mereka menjadikan rumah yang tidak berpenghuni sebagai sasaran dan lazimnya dilakukan pada hujung minggu,” katanya.

Dalam operasi itu, polis turut merampas pelbagai barangan curi termasuk komputer riba, telefon bimbit, barangan kemas, jam tangan dan peralatan pecah rumah.

Susulan penangkapan itu, polis percaya dapat menyelesaikan 10 kes pecah rumah terutama di sekitar Bukit Payong.


“Selain barang rampasan, polis juga menemui satu plastik berisi serbuk kristal dipercayai dadah.

“Ujian air kencing mendapati kelima-lima suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

“Pada masa ini, kami sedang mengenal pasti pembeli barangan curi untuk tindakan seterusnya.

“Siasatan lanjut juga sedang dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah dan Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – BERNAMA

Kategori