Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pasangan Selamba Lakukan Seks...

India – Seks ketika menunggang motosikal. Sepasang kekasih akhirnya ditangkap polis selepas gambar...

“Rundingan Dengan Korea Utara...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) menyifatkan usaha untuk berunding dengan Korea Utara...

Iskandar Jumpa Jorgensen Di...

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin mencipta kejutan apabila...

Rancangan Struktur Negeri Pahang...

KUANTAN - Kerajaan Negeri hari ini, menggariskan empat teras utama dalam Rancangan Struktur...

Gerakan Umum Keluar Daripada Barisan Nasional

KUALA LUMPUR – Gerakan memutuskan untuk keluar daripada komponen Barisan Nasional (BN) sebagai sebahagian daripada matlamatnya untuk menyatukan parti dan anggotanya selepas kekecewaan dan kejutan dialaminya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Dalam kenyataan hari ini, Jawatankuasa Pusat Gerakan (GCC) berkata ia mengambil keputusan sebulat suara untuk keluar daripada BN selepas mengadakan perbincangan, penelitian dan pertimbangan menyeluruh dan serius terhadap perkembangan politik semasa negara pasca PRU14.

“Sentimen dan maklum balas daripada akar umbi juga diambil kira dalam keputusan ini manakala pemilihan parti peringkat cawangan sedang berlangsung di seluruh negara.

“Keputusan ini selaras dengan aspirasi, keperluan dan permintaan baharu oleh rakyat pasca PRU14, kami memutuskan bahawa Gerakan mesti melakarkan hala tuju baharu untuk kelangsungan kami dan meneruskan perjuangan kami,” katanya.

Jawatankuasa itu berkata, Gerakan keluar daripada BN secara baik dan akan memulakan perjalanan politik baharu dengan kebebasan, pemerkasaan dan ketegasan untuk memperjuangkan apa yang parti percaya adalah yang terbaik demi negara dan rakyat Malaysia.

Menurut kenyataan itu, Gerakan akan memainkan peranan sebagai sebuah parti yang bebas dalam blok pembangkang untuk menjalankan semak dan imbang ke atas kerajaan Pakatan Harapan dan akan menjadi parti pembangkang yang konstruktif.


“Kami akan bekerjasama dengan parti, individu dan kumpulan yang berkongsi fahaman dan perjuangan untuk memartabatkan dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan undang-undang dan demokrasi Malaysia, kami komited sepenuhnya untuk memelihara cara hidup rakyat Malaysia seperti mana yang kami tahu dan kebersamaan sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam PRU14 pada 9 Mei lepas, Gerakan kalah di semua 11 kawasan Parlimen dan 31 kawasan Dewan Undangan Negeri yang ditandinginya. – BERNAMA

Kategori