Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tiada Halangan Majikan Bayar...

KUALA LUMPUR - Tiada halangan untuk mana-mana majikan membayar gaji kepada pekerja secara...

Adinda Sultan Kelantan Buat...

KOTA BHARU - Adinda Sultan Kelantan, Tengku Amalin A’ishah Puteri membuat laporan polis...

Peneroka Kaum India Di...

ROMPIN - Peneroka kaum India di beberapa Felda di Rompin tidak rasa tersisih,...

Misteri Bau Busuk Terjawab...

KUALA LUMPUR - Misteri bau busuk di sebuah unit kondominium di Desa Petaling...

Gobind Jumpa Wakil Astro Bincang Mutu Perkhidmatan

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo akan bertemu dengan wakil Astro minggu depan bagi berbincang mengenai perkhidmatan rangkaian televisyen berbayar itu.

Gobind berkata pertemuan itu diadakan susulan aduan orang ramai mengenai mutu perkhidmatan Astro.

“Ramai yang mengadu berkenaan perkhidmatan Astro. Saya telahpun jemput wakil mereka ke pejabat saya untuk bincang perkara-perkara yang dibangkitkan minggu depan,” kata Gobind dalam catatan Twitter beliau hari ini.

Beliau berkata demikian bagi membalas mesej seorang pengguna Twitter ’@NPeriasamy5’ yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Astro yang dilanggannya.

Pengguna itu mendakwa dia tidak berpuas hati dengan cara Astro melayani aduannya walaupun selepas dia beberapa kali menghantar tweet kepada syarikat berkenaan.


Dia mendakwa bahawa dekoder Astro miliknya menghadapi isu teknikal yang menyebabkan berlakunya gangguan siaran.

“Sejak beberapa hari lalu cuba selesaikan masalah dekoder rosak tetap mereka langsung tidak peduli. Lebih menyakitkan hati lagi apabila Astro mahu mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM61!,” kata pengguna itu dalam Twitter. – BERNAMA

Kategori