Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Polis Siasat Video Penunggang...

SERDANG - Polis menjalankan siasatan terhadap sebuah video yang tular Ahad lalu menunjukkan...

Penghantar Makanan Mengaku Tidak...

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di...

Ayda Jebat, Nabil Bertunang...

KUALA LUMPUR - Selepas menjalin hubungan rapat kira-kira setahun, Nabil Mahir dan Ayda...

Covid-19 : 1,054 Kes;...

PUTRAJAYA ā€“ Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan 1,054 kes termasuk satu kes import, menjadikan...

Guna Sijil Cuti Sakit Palsu, Polis Bantuan Didakwa

PETALING JAYA – Seorang polis bantuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan menggunakan sijil cuti sakit palsu, tahun lalu.

Konstabel Mohamad Azrul Hisyam Abd Hazir, 25, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Salamiah Salleh.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, lelaki itu didakwa menggunakan sijil cuti sakit palsu bertarikh 24 dan 26 Jun 2017 dengan maksud untuk menipu di Oasis Damansara, di Jalan PJU 1A/7A, Ara Damansara, di sini pada 28 Jun tahun lalu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee tidak menawarkan sebarang jaminan bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan dia berpendapatan kecil.


“Saya mohon jaminan terhadap saya dibenarkan kerana saya ingin menyambut Hari Raya bersama keluarga,” kata lelaki itu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Julai untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori