Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini disokong oleh...

Neelofa Sedih Tinggalkan MeleTOP

NEELOFA atau Lofa tidak dapat menahan perasaan hiba dan sedih sewaktu mengumumkan akan...

Bekas Perogol Bersiri Diharam...

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri Sabah telah mengharamkan bekas perogol bersiri rakyat Malaysia,...

CRCC Sahkan Guan Eng...

GEORGETOWN - China Railway Construction Corporation (CRCC) mengesahkan bahawa mereka tidak pernah menjadi...

Hakim Memihak Kepada Penjual Kek ‘Anti-Gay’

WASHINGTON – Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) kelmarin memihak kepada seorang peniaga yang menggunakan alasan berpegang kepada ajaran Kristian untuk menolak tempahan kek satu pasangan gay bagi perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, hakim tidak memberi ketetapan mengecualikan mana-mana orang daripada diberi pengecualian atas dasar agama daripada undang-undang antidiskriminasi.

Dalam kes peniaga kek di Colorado itu, tujuh hakim menyokong tindakan Jack Phillips menolak tempahan pasangan gay terbabit, David Mullins and Charlie Craig, pada 2012, manakala dua lagi menentang.

Undang-undang negeri melarang mana-mana perniagaan daripada menolak khidmat atas sebab kaum, seks, status perkahwinan atau kecenderungan seksual.

Kes tempahan kes itu menjadi isu di AS antara penyokong hak gay dan kumpulan Kristian konservatif.

Peguam bela berkata, keputusan mahkamah itu menunjukkan pihak berkuasa mesti menghormati mereka yang memegang kepada ajaran agama.


Phillips memberi komen: “Sukar untuk mempercayai bahawa kerajaan menghukum saya kerana amalkan urus niaga mengikut kepercayaan saya mengenai perkahwinan. Itu sikap tidak bertoleransi.”

Pasangan itu ketika membuat kenyataan berkata, perjuangan mereka untuk menentang semua bentuk diskriminasi akan diteruskan berikutan keputusan mahkamah tidak memihak kepada mereka.

“Kami percaya bahawa di Amerika, mana-mana pihak yang menawarkan khidmat kepada orang ramai tidak boleh menolak permintaan hanya kerana identiti orang itu,” kata mereka. – Reuters

Kategori