Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Kes Baharu COVID-19 Menurun...

KUALA LUMPUR - Kes baharu COVID-19 menurun ke dua angka berbanding tiga angka semalam...

Peruntukan RM25 Juta Bantu...

SERI KEMBANGAN - Sejumlah RM25 juta akan disalurkan ke dalam Skim Mikro Kredit...

Aedy Suka Tayang Badan,...

SIAPA tidak kenal dengan pelakon remaja, Aedy Ashraf yang pernah popular suatu masa dulu...

Sufi Dinobat Juara Akademi...

KUALA LUMPUR - Persaingan sengit empat finalis Akademi Fantasia 2015 menobatkan peserta kelahiran...

Hanya 648 Pekerja Bangladesh Masuk Malaysia

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan dakwaan kemasukan 80,000 kuota pekerja asing warganegara Bangladesh ke Malaysia, tiga hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas.

Dalam kenyataan hari ini, KDN berkata semakan rekod pihaknya menunjukkan hanya 648 pekerja asing negara berkenaan telah diluluskan pada 7 dan 8 Mei lalu.

Katanya pengambilan pekerja asing dibenarkan dari 15 buah negara sumber dan pemilihan negara sumber pekerja asing adalah bergantung kepada keperluan majikan sendiri.

“Kerajaan tetap komited untuk menyediakan peluang pekerjaan dan mengutamakan pengambilan pekerja tempatan.

“Walau bagaimanapun, sekiranya majikan gagal untuk mendapatkan pekerja tempatan, kerajaan akan mempertimbangkan permohonan penggajian pekerja asing bagi sektor-sektor yang dibenarkan mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada,” katanya.


Dalam pada itu, KDN menegaskan pihaknya juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati melakukan sebarang penyalahgunaan berkaitan sistem kemasukan pekerja asing ke negara ini. – BERNAMA

Kategori