BARU-BARU ini penyanyi yang semakin meningkat naik, Haqiem Rusli telah mengejutkan orang ramai apabila memberi ‘bayangan’ seolah-olah dirinya akan bersara daripada bidang nyanyian.
Menerusi sebuah entri dimuat naik Haqiem di laman Instagram miliknya beberapa hari lalu, dia memberitahu dirinya melalui banyak keperitan sepanjang bergelar penyanyi dan tiada siapa dapat memahami apa yang dilaluinya.
Malah kata pemilik nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli itu, masalah kemurungan yang dihadapinya sejak awal tahun turut menjadi pendorong dan faktor penyebab dia ingin meninggalkan bidang seni.
āPengumuman penting kepada semua, dah lama saya tunggu saat ini dalam keadaan sekarang serta waktu yang tepat. Banyak perkara berlaku apabila saya di dalam industri muzik, mereka yang bercakap senang tapi saya yang rasa sakit dan perit.
āKepada qiemilio jangan marah saya, sila faham keadaan saya dan anda pun tahu saya mengalami kemurungan sejak awal tahun dan ia terus berlaku sampai ke hari ini, bukan murung saja macam-macam lagi,ā kata Haqiem.
Pun begitu sumber berkata, penyanyi berusia 21 tahun itu memberitahu dia hanya membuat keputusan berhubung perkara tersebut pada Julai depan.
āSaya ingin memberitahu tentang posisi saya dalam industri muzik, BERHENTI atau TIDAK pada AWAL BULAN JULAI saya akan memberi jawapan sepenuhnya,” ujarnya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain ibu kepada penyanyi tersebut iaitu Nazrah Nordin mendedahkan Haqiem merasa kecewa dengan sikap rakan baiknya yang tikam belakang dan bermuka-muka.
Tidak menyebut sebarang nama, Nazrah berkata anaknya itu ada meluahkan rasa kesal dan sedih seolah-olah sudah putus harapan dengan apa yang berlaku.
Malah lebih menyedihkan, Nazrah memberitahu ada perlekeh bakat Haqiem sebagai komposer muda dan tidak kurang juga terdapat pihak tertentu sengaja laga-lagakan anaknya itu dengan orang lain tanpa perbincangan secara baik.
Bagaimanapun sebagai seorang ibu, dia hanya menasihati Haqiem agar banyakkan bersabar dan berdiam diri sahaja daripada berkata-kata yang mungkin mengguris hati orang lain.
“Apa yang boleh saya kongsikan, Haqiem kecewa kawan baik ātikam belakangā dan ābermuka-mukaā terhadapnya. Hadapan cakap lain, belakang cakap lain pula.
“Siapa mereka tu, rasanya biarlah menjadi rahsia antara kami. Saya pun tak mahu aibkan siapa-siapa sebab semuanya boleh diselesaikan cara baik,”Ā jelasĀ Nazrah dipetik URTV Online.
Dalam pada itu, Nazrah mengakui wujud perasaan terkilan dengan perkara yang berlaku kerana sudah menganggap rakan-rakan anaknya seperti keluarga sendiri.
Pun begitu, wanita itu memberitahu dia enggan campur tangan berhubung hal berkenaan sebaliknya berasa adalah lebih baik sekiranya mereka menyelesaikan masalah sendiri.
“Lagi pun, hal ini terjadi antara Haqiem dan kawan-kawannya, rasanya lebih baik mereka yang uruskan serta selesaikan sendiri apa yang berlaku,” kata Nazrah.
Diminta mengulas mengenai kontroversi bakal berhenti menyanyi yang diumumkan oleh Haqiem, Nazrah berkata dia memberikan kebebasan sepenuhnya kepada penyanyi itu untuk membuat keputusan.
Ujarnya, dia enggan mengulas lanjut tentang perkara itu tetapi sama-samalah tunggu kenyataan rasmi daripada mulut tuan empunya badan sendiri pada awal Julai nanti.
“Sebagai ibu, saya memberi kebebasan kepada Haqiem untuk membuat keputusan. Kalau dia mahu bersara disebabkan kekecewaan itu, terpulanglah.Ā Apa-apa pun, saya nasihatkan dia agar berfikir panjang dan susun perancanganĀ masa depan sebelum membuat keputusan.
“Bagi saya, anak remaja ni perlu diberi ruang untuk membuat keputusan. Dalam masa yang sama, ibu bapa dan keluarga haruslah pantau dan sentiasa menyokong apa yang terbaik
“Andai kata timbul isu Haqiem mencipta gimik atau sengaja mahu mencetuskan isu, dia harus tanggung sendiri kerana itulah keputusan yang dilakukannya,” ujar Nazrah lagi.
Terdahulu, Haqiem ada memuat naik beberapa status di laman sosial miliknya yang menggambarkan dirinya agak kecewa dan akan berhenti menyanyi.
Status-status tersebut itu secara tidak langsung telah menimbulkan banyak spekulasi daripada pelbagai daripada peminat yang menganggap penyanyi pujaan mereka akan bersara.Ā āĀ MYNEWSHUB.CC