Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Bocey Antara Muka Baru...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Bocey tersenarai sebagai salah satu daripada line-up yang bakal...

8 Beradik Termasuk Bayi...

Seramai lapan kanak-kanak berusia dari bayi sehingga remaja ditemui mati dibunuh di sebuah...

Kerjasama Politik UMNO-PAS Mungkin...

KUALA LUMPUR - Perpaduan UMNO dan Pas atas dasar politik mungkin sukar terlaksana...

Pelancong Wanita Warga Hungary...

GEORGE TOWN - Beg tangan milik seorang pelancong wanita dari Hungary yang menyimpan...

Harga EVisa India Untuk Rakyat Malaysia Naik 60%

MENINGKAT!… Rakyat Malaysia yang mahu melancong ke India dengan menggunakan visa pelancong mungkin terkejut apabila melihat kenaikan caj visa yang ketara.

EVisa India dilaporkan meningkat daripada RM200 kepada RM320, dan ia hanya sah selama empat bulan.

Harga eVisa baharu itu telah dilaksanakan sejak 25 Jun.

Visa biasa pula kini berharga RM462.56 (tidak termasuk caj perkhidmatan) tetapi sah selama satu tahun.

Visa untuk enam bulan yang berharga RM194.56 kini telah dibatalkan.

Ahli Exco Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) untuk pasaran India, Gopalan Mariappan berkata kenaikan harga kemungkinan akan mengurangkan jumlah rakyat Malaysia terbang ke India.

“Pemansuhan visa enam bulan yang lebih murah akan menjadikan rakyat Malaysia berfikir dua kali. Perbelanjaan RM320 atau RM462.56 untuk visa pelancong adalah sangat mahal,” katanya.


“Kebanyakan rakyat Malaysia menghabiskan masa selama lima hingga tujuh hari di India, mereka biasanya melawat negara itu sekali setahun. Jadi jumlah yang terpaksa dibayar mereka mungkin tidak berbaloi,” kata Gopalan.

Sementara ity, Pengarah Agensi Pelancongan Herritage G, S. Gokilan berkata kenaikan harga akan menjadi beban kepada pelancong.

“Ini akan memberi kesan kepada kaum India Malaysia yang datang ke India untuk menunaikan upacara keagamaan atau melawat keluarga mereka,” katanya. – The Star Online/mStar Online

Kategori