Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Lahad Datu Tahan...

LAHAD DATU - Polis menahan lima lelaki pendatang asing tanpa izin (Pati) warga...

Cubaan ‘Kencing Rakyat’ Dakwa...

KUALA LUMPUR - Media propembangkang cuma berani memberi anggaran maksimum peserta Bersih 5...

UMNO Salur Bantuan Segera...

MELAKA - UMNO hari ini menyalurkan bantuan segera seperti makanan dan keperluan asas...

Israel Mesti Berhenti Musnahkan...

 NEW YORK - Presiden Mahmud Abbas mendesak Israel berhenti daripada terus 'memusnahkan' iklim...

Harga Petrol RON97 Naik 19 Sen, RON95 Gagal Turun!

KEJUTAN… Harga runcit petrol jenis RON97 dilihat naik mendadak sebanyak 19 sen bermula pukul 12.01 tengah malam tadi bagi tempoh seminggu, hingga 13 Jun ini.

Pengumuman secara drastik mengenainya dibuat menerusi laman sosial Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, petang semalam.

Sementara itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, bermula hari ini, harga RON97 akan mula diapungkan secara apungan terurus pada harga RM2.66 seliter sehingga 13 Jun ini.

Setiausaha Agung DAP itu yang terpalit dengan skandal rasuah di Pulau Pinang berkata, kononnya harga itu juga akan diselaraskan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada setiap minggu.

Katanya, kerajaan sudah menetapkan bahawa harga jualan runcit bagi produk petroleum RON95 dan diesel dikekalkan masing-masing pada harga RM2.20 seliter, dan RM2.18 seliter.

Ia sekali gus membuktikan pentadbiran baharu gagal melaksanakan janji manifesto mereka sendiri konon harga RON95 bakal diturunkan sehingga RM1.50 selepas sehari menawan Putrajaya.


“Berdasarkan kepada harga purata mingguan minyak mentah dunia yang kini sudah cecah AS$76 (RM302) setong dan harga produk petrol dan diesel ditapis antara AS$87 (RM345) hingga AS$88 (RM349) setong, kerajaan menanggung subsidi sebanyak 33 sen seliter bagi produk RON95 dan diesel.

“Ini bermakna tanpa subsidi minyak yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan PRU14, harga RON95 dan diesel akan meningkat kepada RM2.53 dan RM2.51 masing-masing seliter,” dalihnya lagi.

Guan Eng berkata, kerajaan juga konon sudah memperuntukkan RM3 bilion sehingga hujung tahun 2018 untuk menanggung subsidi pengekalan harga runcit petrol dan diesel. – myMetro Online

Kategori