Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kutipan THM Setakat 9.30...

GEORGE TOWN - Jumlah kutipan Tabung Harapan Malaysia (THM) setakat 9.30 pagi tadi...

PRK: PAS, PAN Bergaduh...

KUALA KANGSAR - PAS mendakwa Parti Amanah Negara (PAN) telah melakukan kesalahan pilihan...

Pelawak Hazmeer Perlu RM18,000...

PELAWAK Hazmeer Hassan berhadapan ujian besar apabila cahaya mata pertamanya berdepan masalah jantung...

Tambah Baik Akta Taman...

BANGI - Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menambah baik Akta Taman Asuhan Kanak-kanak...

Hebat PM Mampu Bergaya Kereta Mewah RM1.6 Juta

ELEGAN… Bagi mereka yang membesar ketika zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri keempat dahulu, tentu biasa dengar Wawasan 2020 diilhamkan beliau pada tahun 1990 lalu.

Visi jangka panjang itu pernah dikutuk pemimpin dan penyokong pembangkang (kini Pakatan Harapan – PH yang menjadi kerajaan baharu Malaysia), sebagai wawasan bodoh dan tidak beri faedah kepada rakyat miskin sendiri.

Hari ini, Mahathir yang amat berbangga diiktiraf sebagai ketua kerajaan dengan usia paling tua di dunia itu apabila kembali semula sebagai perdana menteri ketujuh, tetap fanatik terhadap angka 2020 kerana kononnya ia seimbang.

Dengan beri contoh lambang Barisan Nasional (BN) iaitu dacing tidak berat sebelah, Mahathir ketika melancarkan Wawasan 2020 sebagai pengerusi parti komponen tersebut, kini mengetuai pula blok PH yang logo entah apa-apa!

Namun cinta Mahathir terhadap nombor 2020 tetap utuh waima pernah memberitahu media baru-baru ini bahawa wawasan dirancang beliau itu mungkin lewat menjadi kenyataan konon akibat hutang negara sebanyak RM1 trilion.

Ini termasuk menerusi koleksi pelbagai kereta beliau sama ada rasmi atau peribadi yang sering memaparkan plat dengan angka 2020 sehingga menjadi sinonim kepada imej Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.


Terbaharu tular menerusi media sosial Mahathir menaiki kereta mewah warna gelap jenama Bufori model Geneva plat Patriot 2020 yang bernilai kira-kira RM1.6 juta dengan ansuran bulanannya sahaja pun cecah lebih RM19,000.

Nombor plat istimewa diluluskan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu hanya dibeli pada harga serendah RM250 tanpa perlu bidaan secara terbuka serta bebas daripada unsur Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurut laporan media, plat Patriot ditawarkan Yayasan Patriot Negara Malaysia, sebuah badan bukan kerajaan ditubuhkan secara rasmi pada 12 April 2013 dan dipengerusikan Brigadier Jeneral Bersara Datuk Husainay Hashim.

Ternyata, gaya eksklusif Mahathir dengan kereta itu membuktikan kedudukan kewangan beliau cukup hebat jauh beza daripada pemimpin terdahulu yang agak miskin tanpa kroni menaja projek mega tertentu. – Mynewshub.tv/HAA

Kategori