Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Putera Harry Galas Tugas...

LONDON - Ratu Elizabeth melantik cucunya, Putera Harry, sebagai duta belia bagi Komanwel,...

Usia Baru 21 Tahun,...

Semenanjung Gaza - Dia baru berusia 21 tahun, namun Naeema sudah melahirkan 11...

Lebih Ramai Pelancong Antarabangsa...

TEMERLOH - Lebih ramai pelancong antarabangsa menjadikan inap desa sebagai destinasi percutian berdasarkan...

Nicol Mara Ke Suku...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol...

Henti Eksport Balak Antara Cara Tangani Banjir

PENAMPANG – Tindakan kerajaan negeri Sabah untuk menghentikan sementara pengeksportan balak dilihat antara cara untuk menangani masalah banjir yang berlaku di negeri itu khususnya di Penampang, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata kejadian banjir yang sering berlaku di daerah ini merupakan kesan daripada aktiviti pembalakan dahulu di Keningau.

“Ini (kesan pembalakan) salah satu sebab kejadian banjir kerana air hujan mengalir dari Tambunan (di Keningau) menyebabkan air bertakung di Penampang.

“Bagaimanapun, saya minta agar pihak Jabatan Kerja Raya melawat kawasan ini jika satu mitigasi banjir diperlukan dan boleh mempercepatkan masalah banjir di Penampang selesai,” katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Operasi Banjir Penampang di sini hari ini.

Di samping itu, Mohd Shafie juga berkata kerjasama antara kerajaan negeri dan Jabatan Meteorologi penting bagi membolehkan tindakan segera dapat dilakukan untuk memindahkan penduduk dari kawasan yang dikhuatiri dilanda banjir.


Sebanyak 14 kampung di Penampang terjejas banjir akibat hujan lebat sejak Khamis lepas dan beberapa lagi kawasan di pantai barat Sabah termasuk Kota Kinabalu, Tuaran, Papar, Putatan dan Kota Belud turut dilanda bencana itu. – BERNAMA

Kategori