Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Hussain Bakal Angkasawan Muslim...

PELUANG terbang ke angkasa lepas semestinya mimpi kebanyakan orang, namun bagi lelaki yang bakal menjadi angkasawan...

Bas Persiaran Rempuh Tiga...

Johor Bahru : Dua pemandu cedera apabila kenderaan mereka dirempuh bas persiaran dalam...

Himpunan Kentut Terbesar Dunia...

WASHINGTON DC - Kempen Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) mungkin akan mencatat...

PKR Bidas Tun Mahathir...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) membidas mantan Perdana Menteri, Tun Dr....

Hilang Sabar, Jasmin Hamid ‘Amuk’ Di Instagram

ENTAH di mana silapnya nama Jasmin Hamid tiba-tiba menjadi bahan kecaman netizen gara-gara memuat naik perkongsian mengenai malam Lailatul Qadar, baru-baru ini.

Difahamkan, Jasmin menerima kecaman hebat kerana dia dikatakan tidak sesuai berkongsi mengenai Islam melihat kepada penampilan dirinya yang tidak menutup aurat.

Susulan hal itu, Jasmin Hamid akui terkilan dan meluahkan rasa hatinya itu menerusi sebuah kemas kini yang dimuat naik pada Jumaat di laman sosial Instagram miliknya.

Syukur alhamdulillah.. Ramai rupanya yang ingin transferkan pahala buat saya di bulan Ramadan ni.. AAMIIN… . . Tak ada angin, tiba -tiba nak NERAKAKAN SAYA sampai sanggupppp bertubi -tubi DM saya.. 😎 SAYA BERBOGEL DI MEDIA SOSIAL KE? SAYA MURTAD KE? SAYA GANGGU KELUARGA KAMU KE? SAYA MAKAN DUIT RAKYAT KE? 😏😏😏😏 Hanya kerana saya post dan share tentang MALAM LAILATUL QADAR, saya DI KECAM.. umpama orang yang TAK BERTUDUNG macam saya TAK LAYAK share tentang ISLAM.. ADAKAH ORANG YANG BERTUDUNG SAHAJA YANG LAYAK DEKAT PADA ALLAH? orang yang TAK BERTUDUNG dan di anggap JAHIL macam saya ni, TAK LAYAK UNTUK BELAJAR MENDEKATKAN DIRI PADA ALLAH sampai bila -bila ?? . . Selama ni saya hanya diam dan BLOCK NEGATIVE NETIZEN tapi makin menjadi -jadi pulak NEGATIVE NETIZEN sekarang ni..sampai sanggup MENGGURIS PERASAAN SAYA!!! hanya sebab saya ARTIS dan TAK BERTUDUNG, uols boleh komen sesuka hati? Tak habis -habis isu TUDUNG… APA YANG UOLS SAKIT HATI SANGAT YE? . . Saya tetap deletekan nama PENGIRIM MESSAGE -MESSAGE NEGATIVE ni sebelum saya share di wall saya sebab TAK NAK AIBKAN sesiapa kerana tujuan utama saya, untuk beritahu pada NEGATIVE NETIZEN supaya TAK PERLU SUSAHKAN DIRI DM atau KOMEN sebab SAYA TAK MINTA PUN uols buat macam tu.. Pada yang nak baca apa yang saya post, silakan.. Pada yang TAK SUKA, SKIP saja.. Takut nanti apa saja amal kebaikan yang uols buat tu nanti BOCOR sebab RIYA dan berpindah pahalanya pada orang YANG DI HINA.. . . DOAKAN ORANG YANG KAMU SAYANG DI DALAM SUJUDMU, bukan di media sosial.. ALLAH MAHA MENGETAHUI.. #allahmahapenyayang #allahmahapengampun #hijab #negativepeople #shallowminded #kecam

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on

“Saya berbogel di media sosial ke? Saya murtad ke? Saya ganggu keluarga kamu ke? Saya makan duit rakyat ke.

“Hanya kerana saya muat naik dan kongsi tentang malam Lailatul Qadar, saya dikecam. Umpama orang yang tak bertudung macam saya tak layak kongsi tentang Islam.

“Adakah orang yang bertudung saja layak dekat pada Allah? Orang tak bertudung dan dianggap jahil macam saya tak layak belajar mendekatkan diri pada Allah sampai bila-bila?” luah Jasmin.

Jasmin Hamid

Dalam pada itu, Jasmin berkata, dia tiada niat langsung untuk membuka aib mana-mana individu namun hatinya terguris disebabkan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya.


“Selama ni saya hanya diam dan sekat netizen yang negatif tapi makin menjadi-jadi pula netizen sekarang. Sampai sanggup mengguris perasaan saya!

“Hanya sebab tak habis-habis isu tudung, apa yang kamu sakit hati sangat ya? Saya tetap padam nama pengirim mesej negatif ni sebelum kongsi sebab tak nak aibkan sesiapa.

“Tujuan utama saya untuk beritahu pada orang yang buat macam tu. Pada yang nak baca, silakan, pada yang tak suka, abaikan,” katanya.

Sehingga kini, perkongsian itu dilihat mendapat lebih daripada 3,000 tanda suka dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-ratanya antara mereka dilihat bersikap positif terhadap luahan Jasmin dan meminta pelakon wanita itu bersabar dengan komen-komen negatif yang diterimanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori