BIADAB… Ketika umat Islam beberapa hari lalu sibuk ibadah raih keberkatan lailatul qadar, lain pula Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi ‘jaja’ cerita buruk mengenai haji hasil tajaan 1MDB.
Semasa berucap kepada rakyat Malaysia yang berada di Jepun baru-baru ini, Perdana Menteri dengan usia paling tua di dunia itu membuat tohmahan apabila mendakwa beliau tidak akan guna ‘duit curi’ bagi menaja jemaah haji.
Meskipun tidak rujuk secara spesifik kepada 1MDB, ucapan Mahathir itu jelas ditujukan kepada sayap pelaburan kerajaan era bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang cuba dimomok konon ‘songlap’ duit negara.
Begitulah hinanya 1MDB di sisi Mahathir; padahal ia sekadar menjalankan tanggungjawab sosial korporat terhadap ribuan umat Islam yang tidak mampu untuk menunaikan rukun Islam kelima itu sejak dimulakan tahun 2011 lagi.
Ini termasuk ketua kampung, penghulu, pengerusi JKKK, imam surau dan bilal dari seluruh negara dikenal pasti tidak cukup simpanan di Tabung Haji (TH) kerana ada meninggal dunia tanpa sempat ‘jejak kaki’ di Tanah Suci.
Walhal ketika 22 tahun pemerintahan Mahathir sebagai perdana menteri keempat dahulu, langsung tiada seorang pun yang pernah ditaja kerajaan beliau waktu itu bagi mengerjakan ibadah fardu haji apatah lagi golongan miskin.
Malangnya, Mahathir tetap Mahathir dengan perangai angkuhnya perlekeh jasa pemimpin lain yang tidak sehaluan pendirian politik dirinya waima melibatkan isu sensitif apabila tergamak ‘melabel’ haji tajaan 1MDB sebagai haram.
Baca: “Saya Tanggung Dosa Besar Jika Ia Adalah Sebaliknya”
Juga: Haram Haji Guna Duit 1MDB, Halal Cucu Belai Anjing
Ini bukan kali pertama beliau berbuat demikian bahkan awal tahun ini menerusi catatan bertajuk Halal Haram dalam laman blog beliau iaitu Chedet, Mahathir mengulangi kenyataan mengenai isu haram haji menerusi 1MDB.
Mahathir, 92, dengan selamba ‘putar belit’ isu berkenaan apabila mendakwa konon wang tajaan daripada Yayasan 1MDB itu sebagai duit curi yang cuba dihalalkan oleh Najib dengan diubah suai bagi kegunaan ibadah haji pula.
“Jika kita tidak tahu duit itu dicuri, salahkah jika duit itu diguna untuk buat ibadat haji? Jika kita tahu bahawa duit itu dicuri, halalkah duit itu jika diguna untuk kerja haji,” soal Mahathir yang cuba hasut pembaca blog beliau itu.
Artikel celupar itu sekali lagi menyerlahkan kebiadaban Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkenaan dan terdesak eksploitasi isu agama dengan menjatuhkan hukum fatwa sendiri atas perkara yang sudah dijelaskan berulang kali.
Hakikatnya, Mahathir sengaja mencabar ramai mufti tempatan yang sejak tahun lalu mengutuk keras beliau kerana mengeluarkan fatwa sendiri tanpa ada ilmu, namun tokoh PH ini menyelar mereka pula konon ada agenda tersirat.
Ini bukan isu baharu bahkan Mahathir diketahui tidak memiliki hubungan baik dengan institusi agama apabila ada beberapa mufti dipecat kerana tidak sependapat dengan beliau dengan mendakwa mereka berfikiran jumud kolot.
Ironinya, beliau bangga dengan anaknya yang pernah ada kilang arak selain menyokong gerakan anti-Islam seperti LGBT, malah membiarkan sahaja cucunya bebas bela anjing dan mengamalkan gaya liberalisme. – Mynewshub.cc
* Video bawah sekadar hiasan…