Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mat Sabu Minta Nik...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan mendakwa mendapat kerjasama makmal antarabangsa bagi menganalisis rakaman...

Lelaki Dipukul Hingga Mati...

SEREMBAN - Seorang lelaki berusia 27 tahun ditemui mati dipercayai dipukul di sebuah...

Agenda DAP Ke Atas...

KUALA LUMPUR - Perbuatan pemimpin DAP mempersenda kematian Ulama PAS, Allahyarham Datuk Dr....

Buruh Kontrak Mengaku Tidak...

Georgetown : Seorang buruh kontrak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini...

HRDF: 5 Dilantik Anggotai J/Kuasa Pemantauan Bebas

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran hari ini mengumumkan pelantikan lima anggota Jawatankuasa Pemantauan Bebas Tadbir Urus yang akan meneliti semula Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).

Beliau berkata lima nama yang dimuktamadkan selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) HRDF pagi tadi termasuk bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tan Sri Rebecca Fatima Sta Maria dan wartawan veteran, R. Nadeswaran.

Tiga lagi anggota jawatankuasa pemantauan itu ialah Pakar Penstruktur dan Pemulihan Hutang Fiona Soh, Pakar Perundangan Messrs Fahri & Co., Fahri Azzat dan Akauntan Pengurusan, M. Dhamodaran.

Kula Segaran berkata jawatankuasa itu diberi masa 100 hari untuk membantu lembaga pengarah HRDF dalam memenuhi tanggungjawab untuk membetulkan kesilapan termasuk dakwaan berlaku penyelewengan.

“Jawatankuasa itu akan menyemak semula semua aspek rangka kerja tabdir urus lembaga untuk memastikan ia (lembaga) berfungsi secara efektif dan efisien dalam menyokong operasi organisasi itu,” katanya kepada pemberita di Wisma HRDF di sini.

Minggu lepas, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HRDF, Datuk Vignaesvaran Jeyandran telah meletak jawatan dan Timbalan CEO, Lim Kah Cheng mengambil alih sebagai pemangku CEO berkuat kuasa serta-merta.


Ketika ditanya mengenai kedudukan bekas CEO HRDF itu, Kula Segaran berkata ia akan diputuskan oleh jawatankuasa yang telah dilantik, namun beliau mengesahkan bahawa Vignaesvaran bukan lagi antara Ahli Lembaga Pengarah.

Beliau turut mengesahkan bahawa peletakan jawatan tiga pengarah yang didakwa terlibat dalam projek latihan membabitkan penyelewengan RM300 juta milik tabung HRDF itu telah diterima.

Katanya, 15 Ahli Lembaga Pengarah HRDF kini turut terdiri daripada 40 peratus muka baharu. – BERNAMA

Kategori