Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Ponggal Antara Perayaan Paling...

KUALA LUMPUR - Saban tahun, Ponggal, iaitu perayaan yang disambut bagi menzahirkan kesyukuran...

Swafoto Kekasih Kantoi Tidur...

MELIHAT pasangan yang disayangi tidur bersama dengan individu lain di atas katil, sudah...

Azmin Didesak Jelas Isu...

MELIHAT pada jalan ceritanya memang timbul persoalan. Luas tanahnya bukanlah kecil, 2,198.4 ekar...

7 Senjata Api, 173...

LAHAD DATU - Tujuh laras senjata api dan 173 peluru hidup dijumpai oleh...

Hujan Diramal Turun Pada Hari Aidilfitri – Met

HUJAN diramal turun di satu dua tempat di kawasan pantai barat Semenanjung manakala cuaca dijangka baik di tempat-tempat lain pada pagi Hari Raya Aidilfitri yang diraikan akhir minggu ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (Met), hujan turut diramal turun di beberapa tampat pada sebelah petang dan malam 15 dan 16 Jun ini.

Pada sebelah petang, hujan dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung iaitu Perlis, Kedah, Perak Kelantan, Terengganu, Pahang dan di Johor Timur.

Beberapa bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan Serian, Sri Aman, Sibu, Mukah dan Bintulu, serta di Sabah iaitu Kudat dan Sandakan, juga dijangka mengalami hujan dan ribut petir.

Manakala tempat-tempat lain pula yang tidak disebutkan itu dijangka mengalami cuaca baik

Pada sebelah malam pula, beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang serta beberapa bahagian di Bintulu, Kapit dan Miri di Sarawak dijangka mengalami hujan.


Beberapa kawasan di bahagian pedalaman dan pantai barat di Sabah seperti di bahagian Sandakan dan Kudat turut dijangka mengalami hujan.

Sumber: Met Malaysia

Kategori