Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kerana SM Faisal, Puteri...

NAMA pelakon Puteri Aishah kini semakin hari sering dikaitkan dengan Datuk SM Faisal...

Mayat Lelaki Ditemukan Dalam...

SANDAKAN - Mayat seorang lelaki ditemukan dalam sebuah kontena di Kampung Lupak Meluas,...

Kutipan Tol Di LPT2...

PUTRAJAYA - Kutipan tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang dibuka kepada...

Tiada Kejadian Kereta Kabel...

KUALA LUMPUR - Pihak polis hari ini mengesahkan tiada sebarang kejadian tali kereta...

Ibu Cedera Terkena Tembakan Tak Sengaja Anak

GUA MUSANG – Seorang isteri anggota polis patah tulang bahu kanan selepas terkena tembakan yang dilepaskan oleh anaknya secara tidak sengaja menggunakan pistol bapanya di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di sini.

Mangsa, Noor Aida Mat Yusoff @Ahmad, 48, mengadu sakit bahu kanan selepas terdengar bunyi satu das tembakan sebelum dipapah suaminya, seorang anggota berpangkat Sarjan, yang kebetulan berada bersama sebelum dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) di sini untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Mohd Taufik Maidin berkata kejadian itu berlaku jam 10.30 pagi ketika anak lelaki mangsa berusia 25 tahun menemui sepucuk pistol bapanya yang diletakkan di atas sebuah almari dekat ruang dapur rumah mereka.

Beliau berkata suspek menyangka pistol yang dijumpai itu adalah pistol mainan untuk menembak cicak dan secara tidak sengaja menarik picu pistol terus melepaskan tembakan yang terkena bahagian belakang ibunya.

“Selepas itu, ibunya mengadu sakit bahagian bahu kanan dan terkejut apabila mengetahui terkena peluru pistol yang dilepaskan anaknya itu,” katanya kepada pemberita di sini.


Mohd Taufik berkata ketika dibawa ke hospital berkenaan untuk pemerikaan mendapati tulang bahu kanan mangsa patah dan terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil.

Beliau berkata suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Kategori