Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Imigresen P.Pinang Tahan 49...

GEORGE TOWN - Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan 49 rakyat asing dalam serbuan...

APMM Rampas 14,000 Liter...

KUALA TERENGGANU - Cubaan nelayan warga Vietnam menggunakan bot kargo tempatan untuk menyeludup...

Lelaki Alih Kayu Bawah...

PASIR MAS : "Saya diberitahu, arwah turun untuk mengangkat kayu daripada dihanyutkan arus...

Tiada Rancangan Semak Semula...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula kadar Cukai Barang dan...

Ibu Paksa Anak Pakai Baju Sama Selama Seminggu

SEORANG ibu yang kecewa dengan perangai tak senonoh anak perempuannya, Hannah yang telah membuli rakan-rakannya di sekolah, telah memberikan hukuman sewajarnya kepada anaknya itu dengan memaksanya memakai baju yang sama selama seminggu.

Amanda Mitchell, dari Newfoundland, Kanada, hanya meninggalkan sepasang baju dan stokin serta alas katil dalam bilik Hannah, yang berusia sembilan tahun itu.

Sementara semua barangan lain dalam bilik dan almari baju anaknya telah dikosongkan.

“Dia tak ada apa-apa lagi. Selamat datang ke pusat tahanan juvana ibu untuk kanak-kanak perempuan,” demikian tulis Mitchell dalam Facebook.

Menurut Mitchell, anaknya itu diwajibkan memakai baju yang sama selama seminggu, lengkap dengan tulisan anti buli selepas Hannah membuli kawan baiknya di sekolah.


Selain itu, selama seminggu, anak perempuannya diminta menulis perkataan `saya tidak akan menipu’ dan `saya akan berkelakuan baik’ sebanyak 50 kali.

Mitchell berkata, dia jarang menulis dalam Facebook tetapi kali ini dia terpaksa melakukannya kerana berasa marah dan kecewa dengan perbuatan Hannah itu.

Dia juga memberitahu bagaimana guru di sekolah anaknya telah menghubunginya dan memaklumkan mengenai perbuatan Hannah sepanjang minggu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori