Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pelajar Universiti Awam Bakal...

SEPANG : Kerajaan akan memperkenalkan bantuan tiket penerbangan kepada pelajar universiti awam (UA)...

Batal Perjanjian Air Akan...

SHAH ALAM - Tindakan kerajaan Selangor membatalkan perjanjian penstrukturan industri air dengan Putrajaya...

Uqasha Senrose Ditahan Disyaki...

KUALA LUMPUR - Artis popular, Uqasha Senrose ditahan selepas polis menemuinya dalam keadaan...

Patuhi SOP, Jangan Dedah...

KUALA LUMPUR - Semalam, hampir sebahagian besar sektor ekonomi kembali beroperasi selaras dengan...

Iklan Raya SMG Benar-Benar Menyentuh Hati

SYAWAL datang lagi! Maka dengan itu iklan hari raya dengan pelbagai tema disajikan menerusi pelbagai medium khususnya platform digital.

Ada yang akan membuatkan kita tersenyum, ada juga yang boleh meruntun jiwa.

Kumpulan Media Star (SMG) tidak ketinggalan memeriahkan dunia digital dengan iklan raya bertemakan kemanusiaan.

Menerusi Raya Chin iklan berdurasi lebih empat minit itu mengetengahkan budaya judgement yang sering berlaku dalam kehidupan seharian.

Sikap suka menghukum dan menghakimi sesama manusia tentunya akan membantutkan nilai kemanusiaan dan sahsiah diri insan.

Watak Chin iaitu seorang ketua yang tegas dalam satu unit di sebuah syarikat lakonan Pauline Tan berjaya menjentik emosi penonton yang kebanyakan pernah berhadapan situasi sama.

Selepas video Raya Chin dimuat naik di semua platform digital SMG, penonton mengakui sikap ketua yang menjengkelkan sememangnya wujud dalam masyarakat.

Lebih buruk apabila Chin terpaksa berhadapan pelbagai kerenah kakitangan seliaannya – juga sering ditemui dalam kehidupan seharian.


Percayalah, Pauline yang juga bekas peserta Miss Malaysia 2015 mendapat pujian yang tinggi daripada netizen dengan wataknya yang garang dan bengis.

Bayangkan apabila dia langsung tidak ‘beri muka’ kepada rakan sepejabatnya walaupun mereka penat berpuasa.

Namun iklan arahan Penyunting Video mStarTV, Tuan Hafis Tuan Ludin bersama tenaga produksi dalaman ini berjaya membuka mata penonton menerusi teknik twist ending yang diketengahkan.

Apakah nasib para pekerja di bawah seliaan Chin? Adakah mereka akan beraya di pejabat kerana cuti tidak diluluskan?

Semuanya akan terjawab selepas anda menonton Raya Chin yang kini mendapat lebih 30,000 tontonan di YouTube. – mStar Online

Kategori