Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Pengarah, 2 Lelaki...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengarah dan dua bekas pembantu pengurus akaun sebuah...

“Nanti Pak Cik Balas...

"TERIMA kasih anakanda Nadzrul Zarfan atas kiriman kad raya dan hadiah kuih-muih. Pak...

Zahid Kecam Pihak Pertikai...

IPOH - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menempelak...

Mukhriz Diminta Tidak Sertai...

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir diminta beredar meninggalkan...

Imarahkan Masjid Sebagai Pusat Sehenti

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap agar semua masjid dan surau dapat diimarahkan sebagai pusat sehenti seperti mana yang diamalkan pada era kegemilangan Islam dahulu.

Baginda bertitah suatu ketika dahulu masjid menjadi pusat untuk pelbagai aktiviti termasuk mengadakan musyawarah mengenai hal pentadbiran negara.

“Selain itu, masjid juga menjadi pusat pengurusan unit keluarga, bermula seseorang insan itu dilahirkan ke dunia ini hinggalah ke saat dia dijemput kembali menghadap penciptanya.

“Adalah diharapkan segala inisiatif dan pendekatan proaktif pengurusan masjid akan berjaya menarik lebih ramai umat Islam untuk kembali mengimarahkan masjid serta asbab hidayah kepada mereka yang bukan beragama Islam,” titah baginda menerusi kenyataan akhbar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sini, hari ini.

Baginda merangkap Yang Dipertua MAIPs bertitah demikian ketika berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada Masjid Jannatul Mukminin di Wilayah Trang, Thailand, petang semalam.


Turut berangkat anakanda-anakanda baginda, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Baginda bertitah sumbangan MAIPs dari segi kewangan untuk aktiviti dakwah diharap sedikit sebanyak dapat membantu institusi masjid untuk merealisasikan peranannya. – BERNAMA

Kategori