Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pesawat TUDM Terbang Rendah,...

LABUAN - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan Eksesais PARADISE 2/2015, selama...

Kaunselor Perlu Tambah Baik...

SHAH ALAM - Semua kaunselor pendidikan diseru melihat semula program pembangunan, pencegahan dan...

Kerajaan Terengganu Cari Mekanisme...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu akan mencari mekanisme terbaik bagi menangani kerugian...

Filem Abang Long Fadil...

SEKALI lagi pihak produksi filem Abang Long Fadil 2 (ALF2) telah membuat laporan polis...

Ini Mata? Salah, Ini Punggung Katak Beracun Brazil

CUBA lihat gambar ini… Apakah anda mendapati sepasang mata hitam sedang merenung ke arah anda? Sayangnya itu bukan mata pada wajah tetapi corak unik di punggung seekor katak beracun.

Amfibia ini dapat ditemui di banyak negara rantau Amerika Selatan terutama Brazil. Katak kerdil Cuyaba atau Physalaemus nattereri mengembangkan buntutnya yang dihiasi dua lingkaran hitam untuk menakutkan pemangsa.

Mata palsu tersebut, kata Munoz Saravia, penuntut ijazah kedoktoran University of Ghent, Belgium dan koordinator Bolivian Amphibian Initiative, hanya untuk  mengalihkan perhatian predator dari kepala katak itu ke punggungnya.

Ketika dikembangkan, mata ini juga boleh membuatkan bahagian belakang katak itu kelihatan seperti kepala ular bersaiz besar bagi menghalau pemangsanya yang terdiri daripada pelbagai spesies burung, kelawar atau ular.

“Aku merupakan haiwan lebih besar daripada apa yang kamu fikirkan, jadi jangan cuba hendak makan aku,” ujar Saravia mengajuk nada amaran yang mungkin ingin diucapkan oleh katak kecil Cuyaba tersebut ketika kecemasan.

Namun, jika predator itu tetap ‘berdegil’ hendak menyerangnya, katak ini masih lagi mempunyai ‘senjata’ lain, ujar. Joao Tonini, penuntut pasca ijazah kedoktoran di Harvard University dipetik portal National Geographic News.


Beliau berkata bahawa di bawah corak mata tiruan tersebut, katak kerdil ini sebenarnya menyimpan kelenjar makro yang amat beracun dan berwarna putih sehingga dikatakan cukup untuk membunuh sehingga 150 ekor tikus.

Bagaimanapun jika manusia terkena racun katak Cuyaba ini, jangan bimbang ia tidak boleh mematikan nyawa tetapi akan menyebabkan rasa pedih apabila terkena mata. Tujuan utama racun ini bukan untuk bunuh pemangsanya.

Sebaliknya ia hanya disemburkan untuk memberikan cukup waktu bagi katak kerdil tersebut untuk melarikan diri ke tempat yang lebih selamat ketika si preadtornya itu pula berasa pening kepala dan tercungap kelemasan.

Meskipun coraknya tidak semenarik katak beracun dari keluarga Dendrobatidae, Cuyaba diberikan status berisiko kepupusan rendah oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • katak

Kategori