Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Generasi Ke-4 Dilahirkan Dengan...

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan, mempunyai keunikan tersendiri apabila dilahirkan dengan tompokan...

Jamal Mengaku Tak Bersalah...

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos...

Pegawai Kastam Dakwa Ketua...

SEORANG pegawai wanita Kastam DiRaja Malaysia mendakwa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid...

VIDEO : Malaysia-Singapura, Kita...

Kadangkala, sahabat jiran kita Singapura sering dianggap seperti duri dalam daging.Tetapi sebenarnya persahabatan...

Insentif Raya RM450 Kepada Peneroka Felda, Felcra

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju untuk memberikan insentif khas raya kepada ahli peneroka Felda dan Felcra, masing-masing RM450 seorang.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata pemberian itu daripada peruntukan kerajaan berjumlah RM50 juta untuk Felda manakala Felcra pula RM44 juta daripada keuntungan agensi itu.

“Pembayaran insentif ini juga akan diberi kepada semua peneroka termasuk bukan ahli Felda dan Felcra,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Bagi yang bukan ahli Felda dan Felcra akan mendapat RM100.

Jelasnya bayaran insentif ini akan disemak semula pada 2019 di mana penerima bantuan sara hidup tidak lagi layak menerimanya.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata berkenaan dengan beberapa monopoli yang telah diberikan kerajaan terdahulu, kerajaan akan kaji semua dasar monopoli sama ada dimansuhkan atau diperluaskan atau dihadkan kepada sebilangan yang kecil.


Ketika ditanya mengenai perbadanan berkenaan yang dikaji kerajaan, beliau berkata: “Ada monopoli dalam pengimportan beras di Malaysia namun ada perolehan monopoli lain dan semua itu.

“Jadi, kita perlu melihat operasi monopoli berkenaan untuk melihat sama ada kita perlu menghapuskannya, atau mengurangkannya atau melakukan apa sahaja yang baik untuk negara,” katanya. – BERNAMA

Kategori