PRIHATIN… Pemain tengah Sepanyol, Isco sempat menyelamatkan seekor burung ketika aksi bertemu Iran awal pagi Khamis.
Isco dan rakan sepasukan Jordi Alba dilihat tunduk melihat seekor burung yang berada di padang ketika aksi separuh masa pertama.
Bintang kelab Real Madrid itu kemudian mengambil burung kecil tersebut, namun ia terlepas pula.
Bagaimanapun Isco cuba menangkapnya kali kedua dan meletaknya di tempat selamat, di luar padang.
Pada saingan Kumpulan B itu, Sepanyol berjaya mencatat kemenangan 1-0 menerusi jaringan tunggal Diego Costa pada minit ke-54.
Jika skuad La Roja kekal dengan rentak kemenangan, mereka bakal berada dalam kedudukan kedua teratas, di belakang Portugal.
Sepanyol bakal bertemy Manghribi bagi aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Dunia 2018 pada 25 Jun ini. – AFP