Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kes Low Yat: Afdlin...

INSIDEN pergaduhan di Plaza Low Yat masih belum reda apabila ramai pihak masih...

Taktik Baharu Ganja Dijual...

ALOR SETAR - Pihak polis percaya mereka menemui kaedah baharu menjual ganja apabila...

Usah Pertikai Keputusan Peguam...

KUALA LUMPUR - Semua pihak harus menghormati dan tidak mempersoal keputusan Peguam Negara...

PRU14: Pasukan Petugas Khas...

PUTRAJAYA - Sebuah pasukan petugas khas akan ditubuhkan bagi memantau aktiviti rasuah dan...

Isteri Lan Solo Ada Sebab Tersendiri Tegah Anak Dicium

ISTERI bekas penyanyi kumpulan Kristal, Lan Solo iaitu Nur Sheila Hassim ada sebab tersendiri mengenai melarang orang ramai cium anak bongsunya, Nur Amna Quxandra yang menjalani pembedahan membetulkan sumbing, baru-baru ini.

Memetik laporan daripada sebuah portal berita, Sheila menjelaskan dia terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga berikutan luka pada bahagian pembedahan iaitu jahitan pada bibir anaknya, masih belum terbuka sepenuhnya.

Sehubungan itu, Sheila berkata, dia tidak mahu mengambil sebarang risiko kerana mahu luka pada bibir anaknya pulih sepenuhnya.

“Bukan tidak boleh cium, cuma kalau boleh, kami hendak bagi luka jahitan pada baby Xandra betul-betul kering. Sekarang jahitan pada bahagian dalam bibir belum terbuka.

“Apatah lagi anak saya menerima lapan jahitan pada bibir luar dan tiga jahitan pada sebelah dalam. Jadi, kami mahu menjaga dia sebaik-baiknya,” katanya kepada BH Online.


Justeru, di memohon kerjasama semua pihak termasuk mereka yang datang beraya di rumah dan berjumpa Xandra, faham kesulitan yang oleh mereka.

Quxandra yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada 24 Februari, menjalani pembedahan membetulkan sumbing, baru-baru ini.

Selain Quxandra, Lan dan Sheila yang bernikah pada 2009, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3. – Mynewshub.tv

Kategori