Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Sukan Mampu Menyatukan Rakyat...

KUALA LUMPUR - Sokongan padu rakyat berbilang kaum terhadap Olimpian negara membuktikan acara...

Apa Agenda Maria Chin...

BEBERAPA hari lalu, Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah bertindak berani sengaja mengajak...

Pelaku Seks Di Balkoni...

KUALA LUMPUR - Pihak polis telah mengenal pasti identiti suspek lelaki dalam rakaman...

Lelaki Digelar Eagle Dad...

Seorang lelaki dari China yang pernah menjadi terkenal kerana memaksa anak lelakinya berusia...

Jack Ma Kagum Pengetahuan Dr. M Tentang Teknologi

PUTRAJAYA – Pengasas dan pengerusi eksekutif Alibaba Group Jack Ma, yang mengadakan pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini, terkejut dengan pengetahuan Perdana Menteri tentang teknologi.

ā€œSaya terperanjat dengan pengetahuan beliau tentang teknologi,ā€ kata Ma kepada Bernama selepas pertemuan itu yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Menurut beliau, pada pertemuan selama sejam bermula pada kira-kira 9 pagi itu, mereka berkongsi banyak idea dan berbincang tentang cara untuk membebaskan lebih banyak rakyat Malaysia daripada belenggu kemiskinan serta memberi bantuan kepada lebih banyak golongan muda dan perniagaan kecil.

“Pertemuan ini sungguh bermanfaat,ā€ kata Ma, yang berada di ibu negara untuk merasmikan sebuah pejabat Alibaba di Bangsar South, Kuala Lumpur, lewat hari ini.

Ma berkunjung ke Kuala Lumpur tahun lepas untuk melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pertama dunia yang ditubuhkan bagi merangsang pertumbuhan e-dagang melalui penyediaan platform serba canggih bagi syarikat dan perusahaan kecil dan sederhana (SME) untuk menjalankan perniagaan dan perkhidmatan masing-masing.

Ma dilaporkan turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada majlis jamuan tidak rasmi malam tadi.

Laporan media menyebut bahawa Ma sebenarnya berhasrat mengadakan pertemuan dengan Dr. Mahathir awal bulan ini, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana Dr. Mahathir mahu memberi fokus terhadap urusan menyusun kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baru ditubuhkan.


Kerajaan Barisan Nasional (BN), yang mentadbir negara sebelum ini, melantik Ma sebagai penasihat ekonomi digital kerajaan.

Pertemuan Ma dan Dr. Mahathir diadakan ketika kerajaan PH berikrar untuk mengkaji semula beberapa projek yang diperkenalkan kerajaan BN sebelum ini dengan sokongan Beijing kerana kerajaan baharu lebih berminat mengadakan kerjasama ekonomi dengan Jepun.

Bagaimanapun, Perdana Menteri dilaporkan berkata projek DFTZ akan diteruskan. – BERNAMA

Kategori