Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Ular Sawa Batik 100Kg...

KUANTAN - Penduduk Kampung Pelindung Pantai di sini 'menerima tetamu tidak diundang' iaitu...

Wanita Parah Diragut Ketika...

ALOR SETAR - Seorang wanita cedera parah selepas diragut ketika sedang menunggang motosikal...

Saya Harap Nizar Bertaubat...

KUALA KANGSAR - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu bekas menteri besar...

Beraksi Sebagai Gadis Jepun,...

SUPERMODEL terkenal, Karlie Kloss memohon maaf selepas aksinya menggayakan diri sebagai seorang gadis...

Jamal Guna Laluan Tikus Ke Luar Negara – KPN

PENGERUSI Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos sebelum ini menafikan laporan media kononnya beliau telah melarikan diri ke kepulauan Indonesia sejak Ahad lalu.

Bagaimanapun, polis Diraja Malaysia (PDRM) percaya dan tidak menolak kemungkinan bahawa Jamal melarikan diri ke Indonesia menggunakan laluan tikus.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya telah mendapatkan kerjasama daripada pihak berkuasa Indonesia untuk mengesan Jamal.

Daripada risikan kita, kita percaya dia kini berada di Indonesia dan kami kini sedang gait mengesan lokasi sebenar Jamal.

“Kita percaya dia menggunakan laluan tikus untuk keluar dari negara ini selepas pihak Imigresen tidak mempunyai rekod menunjukkan dia keluar dari negara ini,” katanya memetik BH Online.

Terdahulu, Jamal mengeluarkan kenyataan berbentuk video meminta pihak berkuasa tidak perlu melibatkan pihak Interpol untuk mencarinya kerana dia masih berada di negara ini.


Jamal juga berkata, dia tidak perlu melarikan diri ke negara jiran atas beberapa kes kesalahan kecil yang dilakukannya itu memperuntukkan denda RM400 sekiranya disabitkan bersalah.

Ini kerana menurut beliau, kesalahan yang dilakukan itu amat kecil dan bukan jenayah yang boleh mengancam keselamatan orang ramai.

Selain itu, empat lagi video memaparkan Jamal berlatar belakangkan ladang sawit dimuat naik melalui sebuah kumpulan aplikasi WhatsApp oleh seorang ahlinya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori