Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

GAMBAR: Perompak Bermisai Palsu...

Sekitar jam 11.17 pagi tadi, seorang pengawal keselamatan berjaya menembak mati lelaki yang cuba...

Pengarah Drama Jelas Sikap...

PETALING JAYA - Pelakon Sara Ali yang dikatakan bermasam muka ketika menjalani sebuah...

Pelabur Perlu Berjaga-Jaga Elak...

KUALA LUMPUR - Para pelabur perlu mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu bagi mengelak...

7 Perkara Wanita Perancis...

MEMANG tidak dapat dinafikan wanita Perancis memiliki kecantikan mereka yang tersendiri dan tidak...

Jangan Buka Aib Syafiq, Tutup Buku Lama – Hanna

SEBAGAI antara rakan artis yang rapat, pelakon Hanna Delisha berharap agar masyarakat tidak lagi membangkitkan tentang kontroversi yang melanda Syafiq Kyle baru-baru ini.

Malah, Hanna atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch turut meluahkan rasa simpati yang menimpa rakan gandingannya dalam drama Mencintaimu Mr. Photographer itu.

“Saya kasihan apabila Syafiq berdepan dugaan hebat itu dan berharap dia kuat menempuhinya. Hanya itu yang mampu saya katakan.

“Saya tidak berhak memberi kenyataan kerana tidak mengetahui secara terperinci isu yang diperkatakan. Lagipun, tidak manis rasanya mencampuri urusan peribadi orang lain.

“Apatah lagi ketika bulan mulia. Cukuplah, jangan dibuka lagi aib orang. Saya percaya, Syafiq dan pengurusannya ada cara terbaik menamatkan kontroversi itu,” katanya ketika ditemui pihak BH Online.

Walaupun baginya Syafiq merupakan seorang yang tabah, tapi dia turut berharap agar masyarakat dapat memberi ruang kepada pelakon drama Nur itu memperbaiki keadaan yang melandanya.

Malah, gadis kacukan Inggeris-Melayu itu turut menegaskan agar masyarakat tidak lagi menjadikan Syafiq sebagai mangsa buli siber dengan menyebarkan video tidak senonoh itu.

“Segelintir netizen terlalu berani hentam tanpa selidik dahulu kebenaran sesuatu isu, seolah-olah kami tiada perasaan. Mungkin kami selebriti, tetapi kami juga sama seperti orang lain yang punya hati dan perasaan.


“Saya terkilan apabila melakukan kesilapan, segelintir masyarakat akan terus menghentam seolah-olah kami tidak layak diberikan ruang untuk belajar dan memperbaiki diri.

“Perbuatan ini harus dihentikan. Saya juga berharap perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat tidak disalahgunakan untuk melakukan perkara yang memudaratkan,” ujarnya lagi.

Selepas kejayaan mereka berdua dalam drama rantaian Mencintaimu Mr. Photographer, Hanna dan Syafiq sekali lagi telah digandingkan dalam filem Langsuir di bawah arahan Osman Ali.

Selain bakal tampil dengan filem baharu, Hanna juga sedang sibuk menjalani penggambaran bagi adaptasi drama popular Korea Selatan iaitu My Fullhouse bersama Aiman Hakim Ridza.

Disebabkan terikat dengan tugasan kerja, jadual pelakon berusia 22 tahun itu turut padat sepanjang bulan Ramadan serta Syawal nanti.

Tahun ini, Hanna akan beraya di kampung halamannya iaitu di Singapura bersama dengan keluarga. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori