Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sarjan Polis Mengaku Tidak...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis berpangkat Sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Isu Ditinggalkan Kerajaan Terdahulu...

PETALING JAYA - Isu yang ditinggalkan kerajaan terdahulu menghalang pelaksanaan janji dibuat di...

Malaysia Airlines Tawar Beli...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines Berhad (MAB) menawarkan promosi 'Beli Satu Dapat Satu...

Ancaman Bom: Penerbangan Air...

KUALA LUMPUR - Penumpang-penumpang penerbangan Air France AF1741 ke Perancis, yang tidak dapat...

“Jangan Ganggu Filipina, Wakil PBB Boleh Berambus!”

GARA-GARA mengkritik Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang disifatkan mengancam seorang hakim kanan negara berkenaan, seorang pakar hak asasi pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dibalas kenyataan keras oleh Duterte.

Lapor Reuters,  Duterte mengeluarkan kata-kata keras itu selepas wakil PBB, Diego Garcia-Sayan, mengeluarkan kenyataan tindakan Presiden Filipina terhadap bekas Ketua Hakim, Maria Lourdes Sereno dilihat sebagai satu ‘serangan ganas’ terhadap badan kehakiman negara.

“Penggunaan bahasa yang menghina … menghantar mesej yang jelas kepada semua hakim Filipina: dalam apa yang dipanggil ‘perang terhadap dadah’, sama ada sokong saya atau tidak,” kata Garcia-Sayan.

Berikutan itu, Duterte membalas kenyataan Garcia-Sayan dengan menegaskan wakil PBB itu tidak perlu mencampuri urusan Filipina.

“Beritahu dia (Garcia-Sayan) supaya tidak campur tangan dalam hal ehwal negara saya. Dia boleh berambus dari sini. Dia bukan seorang yang ada keistimewaan dan saya tidak iktiraf jawatannya,” kata Duterte kepada media.

Terdahulu, Mahkamah Agung Filipina telah sebulat suara mahu mengetepikan Maria Lourdes Sereno sejurus Duterte menggelarnya ‘musuh’ dan menuntut supaya disingkirkan bulan lalu.


Pemecatan Ketua Hakim itu melalui kiriman mesej kepada hakim mahkamah tertinggi dan anggota badan kehakiman lain, García-Sayán juga sebagai pegawai khas PBB hal berkenaan kebebasan hakim dan peguam, pada hari Jumaat.

Kenyataan seperti itu dari Presiden Filipina bukan kali pertama, sebelum ini beliau pernah beberapa kali mengeluarkan kata-kata keras terhadap pengkritik kempen anti dadah yang dilancarkannya sebaik berkuasa pada 2016.

Dalam satu kenyataan, pihak polis Filipina memberitahu mereka telah membunuh 4,279 suspek dadah dalam kempen anti narkotik tetapi kumpulan hak asasi percaya bilangan sebenar adalah tiga kali lebih tinggi berbanding jumlah tersebut. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori