Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kento Momota, 2 Pegawai...

SEPANG - Pemain badminton nombor satu dunia Kento Momota dan dua pegawai sukan...

Saudi Akui Khashoggi Mati...

RIYADH - Arab Saudi hari ini mengakui wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi dibunuh...

Gadis Ditumbuk, Ditampar Penyamun

LAHAD DATU - Seorang gadis berusia 17 tahun ditumbuk di mata, mulut dan...

Tiada Sebarang Spekulasi Pembebasan...

SEPANG - Setiausaha Politik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Muhammad Hilman Idham menegaskan...

Jangan Lupa Umat Islam Yang Tak Dapat Beraya

SEMASA kita semua sedang seronok beraya dan bergembira bersama keluarga, ramai lagi umat Islam di seluruh dunia yang tidak dapat menikmati Hari Raya Aidilfitri, malah terpaksa berdepan ancaman terhadap nyawa mereka.

Apapun kesukaran yang kita hadapi, seperti kekangan kewangan, isu kesihatan, keluarga, dan kesusahan lain, tidak ada salahnya kita mengingati mereka yang menghadapi ujian getir.

Umat Islam di lima lokasi ini di seluruh dunia menghadapi ujian yang amat mencabar dan menguji keupayaan, yang sesetengahnya telah lama berterusan dan semakin sukar menjelang Syawal ini.

1. Yaman

Negara Arab ini menghadapi krisis kemanusiaan sejak perang saudara bermula 2014 yang diburukkan lagi oleh campur tangan tentera asing pada 2015. Terbaru, dua hari sebelum 1 Syawal, pertempuran terbaru meletus di Hudaydah, bandar pelabuhan di sebelah barat negara ini yang menjadi pintu masuk bekalan makanan.

2. Palestin

Palestin sememangnya tidak pernah sunyi dari kekejaman Zionis. Sejak Ramadan, tentera Zionis Israel telah menggunakan kekerasan terhadap umat Islam Gaza dan di Tebing Barat. Beberapa hari sebelum Ramadan, Amerika Syarikat mengumumkan pemindahan kedutaannya ke Baitul Maqdis, memulakan krisis baharu.

3. Rohingya


Pembersihan etnik secara besar-besaran pusingan terbaru bermula pada tahun 2016, mengakibatkan ratusan ribu melarikan diri ke Bangladesh. Ramai yang dihalang masuk, dan ramai lagi ditempatkan di kem pelarian dalam keadaan yang amat daif. Syawal tahun ini, keadaan masih tidak banyak berubah dan masih ramai kekal di kem pelarian.

4. Xinjiang, China

China telah meningkatkan pemantauan dan tindakan ke atas umat Islam Uyghur di Xinjiang sejak kebelakangan ini, termasuk menahan dan menempatkan mereka yang disyaki cenderung kepada ekstremis di kem tahanan dan pendidikan semula. Ramadan dan Syawal kali ini ialah yang paling perit dilalui oleh Uyghur akibat tindakan zalim China ini.

5. Libya

Lama selepas Muammar Gaddafi digulingkan dan dibunuh, keadaan makin buruk di Libya. Infrastruktur musnah, kemudahan musnah, dan sistem yang menjaga kebajikan rakyat selama ini sudah menjadi sejarah. Libya terus berpecah kepada dua kerajaan, dan kumpulan-kumpulan militan berperang sesama sendiri. – Mynewshub.cc

Kategori