Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dibuang Kerja Tatkala Isteri...

KERAP kali kita merungut tentang kadar cukai yang membebankan perbelanjaan bulanan, kita lupa...

SPR Syor Perubahan Nama...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesyorkan perubahan nama pada 12 kawasan...

USM Tempat Ke-14 Universiti...

GEORGETOWN - Universiti Sains Malaysia (USM) menduduki tempat ke-14 dalam penarafan universiti muda...

Ustaz Kazim Buat Laporan...

NAMA Datuk Ustaz Kazim Elias menjadi hangat diperkatakan sejak semalam, ekoran video ceramahnya...

Jangan Sangsi Kesetiaan Penjawat Awam

KERAJAAN dinasihatkan untuk beri penekanan kepada penjawat awam berhubung perkhidmatan mereka terhadap kerajaan semasa.

Penganalisis politik, Dr. Ainul Adzellie Hasnul, berkata kerajaan tidak perlu sangsi sebaliknya beri penekanan terhadap ikrar ‘aku janji’ yang penjawat awam lafaz untuk taat setia kepada kerajaan.

Katanya sebagai kakitangan kerajaan, mereka sepatutnya bersifat berkecuali dalam menyokong sesebuah parti politik.

“Saya berpendapat, adalah tidak beretika jika pegawai kerajaan berkempen secara terbuka kerana mereka tidak boleh dilihat menyokong mana-mana parti.

“Tidak dinafikan ada kecenderungan perkara ini berlaku, namun kerajaan tidak perlu sangsi dengan pegawai kerajaan ini sebaliknya beri peringatan.

“Saya yakin pegawai kerajaan adalah profesional dalam menjalankan tugas mereka dan tidak akan menunjukkan secara terbuka mengenai sokongannya,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, hari ini.

Ainul Adzellie dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata sekiranya mereka memegang jawatan dalam sesuatu parti, individu itu dikehendaki meletakkan jawatan yang dipegang.

“Pegawai kerajaan kumpulan A tidak boleh memegang jawatan dalam parti kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha (KSU),” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik, Azmi Hassan, turut berpendapat kerajaan tidak perlu hilang percaya kepada penjawat awam kerana tugas hakiki mereka adalah melaksanakan dasar kerajaan demi kelangsungan negara.

Jelasnya keakraban penjawat awam dengan kerajaan terdahulu atas dasar memudahkan pelaksanaan saja.


“Sebab itu tidak timbul isu kesetiaan kerana perlantikan penjawat awam tidak bersandarkan fahaman politik individu.

“Apabila mereka melaksanakan dasar kerajaan tidak semestinya keputusan mereka di peti undi PRU (Pilihan Raya Umum) adalah juga sokongan terhadap BN (Barisan Nasional), justeru tanggungjawab dan ideologi politik adalah berbeza,” katanya.

Bagaimanapun, Pensyarah politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani, berkata sudah tentu kerajaan perlu berasa demikian kerana ada penjawat awam yang berbuat demikian dan ia salah dari segi peraturan.

“Sebenarnya sudah ada yang diambil tindakan, namun ini adalah di bawah budi bicara kerajaan. Antaranya yang 17,000 (pekerja kontrak dan tetap yang bakal ditamatkan) itu.

“Saya berpendapat rakyat perlu berkhidmat kepada kerajaan hari ini bukan parti politik, melainkan diwujudkan satu mekanisma yang membolehkan semua pihak termasuk kakitangan awam untuk berpolitik.

“Namun peraturan dan prosedur juga perlu ada supaya kakitangan awam tidak lari dari keutamaan untuk berkhidmat kepada kerajaan,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penjawat awam tidak seharusnya terbabit dalam sebarang kempen parti politik apatah lagi berkempen secara terbuka untuk BN. – myMetro Online

Kategori