Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pencuri Ayam Dipukul Dan...

PADAH mencuri. Seorang lelaki menerima hukuman daripada penduduk kampung di Maoming, China, apabila...

Pegawai Kes Beng Hock...

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, pegawai penyiasat...

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di sekitar ibu negara akan mengalami gangguan bekalan...

Polis Buka Kertas Siasatan...

RAWANG - Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang kanak-kanak tercampak keluar dari...

Jho Low, Nik Faisal Mesti Hadir Bantu Siasatan

KUALA LUMPUR – Low Taek Jho atau Jho Low dan Pengarah SRC International Sdn. Bhd. (SRC International), Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil bakal berhadapan tindakan undang-undang jika mereka gagal hadir membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata tiada alasan untuk mereka tidak hadir membantu siasatan kes berkaitan SRC International.

“Saya tidak mahu mengulas tentang tindakan apa yang akan dikenakan terhadap kedua-dua mereka (Jho Low dan Nik Faisal sekiranya tidak hadir), apa yang saya tahu mereka mesti hadir tanpa memberi sebarang alasan.

“Oleh itu, SPRM menggesa mereka untuk hadir membantu siasatan kes berkenaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Semalam, SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa kedua-dua mereka dikehendaki hadir dan diminta tampil segera menghubungi SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Nik Faisal Ariff Kamil, 47, yang memiliki kad pengenalan bernombor 710304-10-6303 mempunyai alamat terakhir di No 17, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam, Selangor dan No 19, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam, Selangor.


Jho Low, 37, yang memiliki kad pengenalan bernombor 811104-07-5701 pula mempunyai alamat terakhir di 69, Tanjung Bungah Park, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Siasatan 1MDB untuk menjalankan siasatan terperinci, pengesanan dan penyitaan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SRC International ialah anak syarikat 1MDB, sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012. – BERNAMA

Kategori