Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Cheap dissertation writing companies...

A customized essay isn't like every average literature you find on the web....

Shahir Perlu Profesional, Bukan...

BARU-BARU ini peminat dikejutkan dengan kenyataan Shahir mengumumkan hasrat menarik diri daripada pentas...

Remaja Disambar Buaya Ketika...

BETONG - Seorang remaja lelaki yang sedang memancing udang bersama-sama sepupu lelakinya di...

Pesta Laut Pangkor Lumut...

LUMUT - Pesta Laut Pangkor Lumut 2015 yang diadakan setiap tahun merupakan antara...

JPJ Perak Peroleh RM61,250 Hasil Lelong Kenderaan

TAIPING – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak memperoleh sejumlah RM61,250 hasil lelongan 62 buah kenderaan sita yang tidak dituntut selepas tempoh tertentu di JPJ Cawangan Taiping hari ini.

Pengarahnya, Mohd Zawawi Zakaria berkata lelongan yang bermula 9 pagi dan berakhir kira-kira dua jam setengah kemudian itu melibatkan 58 buah motosikal, tiga kereta dan sebuah van jenis Nissan Urvan.

“Motosikal dan kereta yang dilelong itu bermula dari RM50 hingga RM25,000 sebuah. Seramai 64 pembida berjaya membeli kesemua kenderaan berkenaan,” katanya pada sidang media di pejabat JPJ di sini.

Mohd Zawawi berkata pihaknya akan meneruskan lelongan sedemikian bagi mengelakkan kenderaan yang disita susut nilai akibat kerosakan jika disimpan terlalu lama.

Katanya tahun lepas sebanyak 49 buah kenderaan telah dilelong di JPJ Ipoh membabitkan 33 buah motosikal, 10 buah kereta, empat buah van, sebuah pacuan empat roda Land Rover dan sebuah lori kecil.


Sementara itu Mohd Zawawi berkata sebanyak 337 buah kenderaan klon sedang dalam proses dilucutkan hak dan akan dilelong apabila segala proses berkaitan termasuk kes perundangan selesai. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori