Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Baca! Tips Keselamatan Di...

SEJAK kebelakangan ini, kes-kes seperti ragut, rogol dan bunuh semakin berleluasa di negara...

Geng Kuda Kepang Curi...

BALIK PULAU - Polis berjaya menyelesaikan sembilan kes curi motosikal tahun ini termasuk...

Dituduh Sebat Jiran Dengan...

KLANG – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...

PAS Umum Tidak Sertai...

KUALA LUMPUR - PAS menegaskan parti itu tidak akan menyertai demonstrasi jalanan secara...

Jurubina Habis 23 Tahun Korek Gua Bawah Tanah

KOTAYK – Sebuah gua yang dikorek dengan tangan oleh jurubina, Levon Arakelyan selama lebih 23 tahun menggunakan hanya tukul dan pahat kini dibuka sebagai sebuah muzium di kampung Arinj di Armenia.

Pada mulanya, Arakelyan mengorek sedikit sahaja selepas diminta oleh isterinya, Tosya untuk menyediakan ruang yang sejuk bagi menyimpan kentang di bahagian bawah rumah mereka, namun lelaki itu kemudian menjadi leka.

Arakelyan mula mengorek gua tersebut pada tahun 1985 dan masih meneruskan kerja-kerja tersebut sehinggalah hari dia meninggal dunia pada tahun 2008 pada usia 67 tahun.

Jurubina itu menghabiskan masa selama 18 jam sehari untuk melakukan kerja-kerja di bawah tanah dan hanya akan naik seketika untuk tidur sebelum menyambung semula pekerjaan tersebut.

Selain mempamerkan seni ukiran bercirikan kesenian Roman, muzium yang tidak mengenakan sebarang bayaran masuk itu juga mempamerkan peralatan dan kelengkapan yang digunakan Arakelyan untuk mengorek gua tersebut termasuklah kasut lusuh yang dipakainya. – Agensi/Kosmo Online

Kategori