Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

SIS Sengaja Mahu Heret...

KUALA LUMPUR - Tindakan `Sisters In Islam' (SIS) mencabar fatwa berkenaan fahaman liberalisme...

Penyerang Masjid London Mahu...

LONDON - Suspek yang juga bapa kepada empat anak, Darren Osborne ditahan selepas...

1MDB: Rosmah Hadir Kali...

PUTRAJAYA - Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Skuad Takraw Negara Gagal...

INCHEON - Episod kegelapan terus menghantui skuad sepak takraw negara di temasya Sukan...

KAFA Bakal Bawa Masuk 3 Pemain Import Baharu

KOTA BHARU – Setelah mendapat kritikan daripada pelbagai pihak terhadap prestasi The Red Warriors (TRW), Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengambil langkah membawa masuk pemain import baharu bagi memperkuatkan pasukan itu untuk keluar daripada zon penyingkiran ke Liga Perdana musim depan.

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata pihaknya sedang dalam proses membawa masuk tiga pemain import bagi memperkukuhkan pasukan untuk beraksi pada baki perlawanan Liga Super musim ini.

“Sehingga kini, kita mengesahkan seorang pemain import dari Kyrgyzstan, Bakhtiyar Duyshobekov akan bermain di posisi tengah manakala dua lagi pemain masih menunggu pengesahan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Tiga pemain import baharu itu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain import sebelum ini, iaitu Mohammad Ghaddar (penyerang dari Lubnan), Do Dong Hyun (penyerang dari Korea Selatan) dan Morgaro Gomis (pemain tengah dari Perancis) yang digugurkan akibat kecederaan dan bergelut dengan prestasi.

Kedudukan tercorot pasukan Kelantan dalam saingan Liga Super kini, mendapat reaksi kurang senang pelbagai pihak yang bimbang dengan kemungkinan pasukan itu terpaksa beraksi dalam Liga Perdana musim depan. – BERNAMA

Kategori