Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Badut Jadi Calon Pilihan...

BOSTON - Seorang badut antara calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya ahli...

Kes Video Tular Pelajar...

BELUM lagi reda kes membabitkan mangsa buli yang meninggal dunia baru-baru ini, timbul pula...

Lawak ‘Biadap’ Nabil Terhadap...

"MACAM ni punya cantik pun berpisah jua," kata pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad...

Beri Ruang Kepada Polis...

PUTRAJAYA - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul...

KAFA Perlu Guna Khidmat Pemain Senior

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) perlu bersikap terbuka dengan menggunakan kembali khidmat pemain senior yang masih bersama dengan skuad The Red Warriors (TRW) bagi mengharungi baki perlawanan dalam saingan Liga Super.

Bekas pemain kebangsaan dan Kelantan era 80-an, Mohd Anizan Daud berkata kehadiran pemain senior seperti Mohd Badri Mohd Radzi dan Amiridzwan Taj Tajudin dijangka mampu membawa perubahan sekali gus mengelak Kelantan tersingkir ke saingan Liga Premier musim depan.

“Prestasi pasukan ketika ini sangat lemah untuk kekal dalam Liga Super kerana pemain muda yang ada tidak mempunyai pengalaman mencukupi untuk beraksi dalam saingan tersebut.

“Sebagai bekas pemain Kelantan, saya yakin formula menggandingkan pemain muda dan senior boleh menjadi antara resepi kejayaan kepada Kelantan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Mohd Anizan berkata pemain muda sedia ada bakal berdepan laluan sukar untuk mengutip mata penuh dalam baki enam perlawanan pada saingan tersebut kerana skuad TRW berdepan dengan pasukan yang berada di tangga teratas liga.

Beliau berkata hanya segelintir pemain TRW ketika ini mempunyai pengalaman dan layak beraksi dalam kesebelasan utama.

Katanya jika Kelantan beraksi dalam Liga Premier musim depan akan memberi risiko kepada KAFA terutama membabitkan aspek penajaan dan kehadiran penyokong ke stadium.


“Penajaan dan penyokong adalah elemen penting dalam sukan ini bagi menghidupkan pasukan. Jika turun ke Liga Premier, saya yakin penaja sedia ada akan lari dan sukar untuk mendapat penajaan lain serta kehadiran penyokong juga akan berkurangan.

“Sumber kewangan akan terjejas dalam mempersiapkan pasukan di samping menyukarkan untuk pasukan kembali beraksi dalam saingan Liga Super,” katanya.

Pada musim ini, Kelantan mengambil risiko besar dengan mempertaruhkan hampir 100 peratus ‘ubi muda’ bagi membarisi pasukan berkenaan, namun perancangan tersebut dilihat ‘memakan’ diri sendiri apabila TRW kini berada di zon penyingkiran ke Liga Premier musim depan.

Kelantan kini berada di kedudukan ke-12, iaitu tercorot liga dengan hanya mengumpul sebelas mata selepas 16 perlawanan hasil tiga kemenangan, dua seri dan 11 kekalahan. – BERNAMA

Kategori