Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Imam Besar Masjidilharam Puji...

MAKKAH - Sikap jemaah haji Malaysia yang sentiasa berdisiplin dan mengikut peraturan semasa...

Kapal Bawa Diesel Bernilai...

MIRI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua buah kapal yang melakukan...

Punggung Tunang Juara Golf...

DUSTIN Johnson berjaya merangkul gelaran US Open buat kali pertama sepanjang kariernya dalam...

27 IPT Sertai Kejohanan...

KOTA KINABALU - Sebanyak 27 institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negeri ini...

Kakak Kastam Sekolahkan Cyber Trooper PKR…

HEBOH di media sosial semalam apabila netizen berkongsikan ‘screenshot‘ perbualan komen antara seorang pegawai kastam bersama pengendali laman Keadilan Kemaman di laman Facebook.

Apa yang menarik perhatian adalah kaedah penerangan digunakan oleh staf berkenaan, Zazilah Nor yang mudah difahami berbanding ‘dakyah’ pengendali laman mengenai isu pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

#PRU14 ini kita tolak calon dari Parti Barisan Nasional. Kita sokong dan #undi calon #PH supaya dapat kita #MansuhkanGST untuk turunkan harga barang.

#DemiNegara #JomUbah Kita #binaSemulaNegara untuk hapuskan cukai zalim ini yang dikenakan kepada orang miskin, kanak-kanak, pesara mahupun golongan OKU,” tulis pengendali laman terbabit.

Zazilah menjawab bahawa sepatutnya tiada perubahan berlaku ke atas harga barang sekiranya ia tidak disertakan oleh pelbagai faktor lain termasuk nilai harga pasaran bagi dagangan atau servis tersebut.

Katanya lagi, selepas tiga tahun pelaksanaan GST, sepatutnya tidak lagi timbul soal kenaikan atau penurunan harga barang akibat cukai tersebut.

“GST sepatutnya tidak ada perubahan terhadap harga barangan sekiranya ia tidak disertakan oleh pelbagai faktor lain seperti nilai harga pasaran barang dagangan atau servis tersebut.

“Pengaruh kepada pasaran boleh disebabkan oleh keadaan ekonomi semasa, nilai currency monopoli pasaran serta lain-lain kos.

“Ok saya ajar macam ini, harap awak belajar matematik ye.. 7 adalah lebih tinggi daipada 6, 5, 4, 5, 3, 2 dan 1 kan?

“Jadi selepas tiga tahun…GST kekal pada kadar 6 peratus bukan 7 peratus bukan 8 peratus atau 9 peratus.

“Tetapi bagaimana dengan kos pengeluaran barang dagangan.. currency..kos import logistik dan lain-lain? Sudah tentu ia berubah ada naik dan turun.

“Jadi saya nak tanya balik pada awak, bila GST kekal pada 6 peratus, sudah tiga tahun ini kenapa bagi statement ‘GST menurunkan atau manaikkan harga barang’? Soal Zazilah di ruangan komen.

Kata Zazilah lagi, dia menyarankan agar pengendali laman tersebut mengkaji dulu dasar dan pelaksanaan GST agar maklumat yang cuba dihebahkan di media sosial adalah tepat.

Malah dia meminta agar pengenali berkenaan tampil ke Pejabat Kastam Kemaman sekiranya ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan isu yang dimainkan.

“Boleh datang sini… kami boleh terangkan di mana yang tak jujurnya dan kami juga boleh bagitahu tentang sistem percukaian dunia dan Malaysia dan zaman dahulu hingga sekrang.


Sebelum anda lapor benda salah dan fitnah… mohon kami (Kastam) bagi pencerahan dahulu. Parti Keadilan ada ramai peguam kan? Boleh bawa peguam sekali… 098681337… nombor telefon ofis,” katanya lagi.

Seperti yang diketahui, pelaksanaan GST bukanlah semata-mata cukai enam peratus yang dilihat hanya membebankan rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah.

Ambil contoh mudah seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pelaksanaan GST secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada rakyat yang layak menerusi pendekatan bantuan tunai atau subsidi bersasar.

Apatah lagi, kadar GST di Malaysia bukan sahaja antara terendah di dunia, bahkan ada senarai panjang barang dan perkhidmatan dikecualikan cukai itu terutama melibatkan produk yang banyak dibelanjakan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Tidak setakat itu, pelbagai elaun lain dan bantuan kerajaan dapat dipertingkatkan di mana Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini mengumumkan jumlah BR1M akan dinaikkan.

Harus diingatkan, BR1M bersifat serampang dua mata, selain penerima beroleh manfaat, pendekatan bantuan tunai juga terbukti merancakkan ekonomi setempat dan negara amnya.

Namun majoriti rakyat sudah bersuara dan inisiatif Kerajaan BN dalam memperhebatkan negara nampak tidak kesampaian apabila Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Putrajaya.

Kini, GST yang ditetapkan pada kadar sifar sejak 1 Jun 2018 nampaknya masih tidak berjaya menurunkan harga barang, malah pada sesetengah barang seperti keperluan harian dan menjelang raya banyak pula berlaku kenaikan harga barang.

Hakikat harga barang tidak turun diakui oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sendiri. Malang untuk rakyat Malaysia ditipu berulang kali.

Baca: Sifar GST: Rafizi Pun Akui Harga Barang Tak Turun

Bila SST diperkenalkan kelak, harga barang dijangka melonjak lagi.

Jadi, menghapuskan GST dan mengembalikan cukai Jualan dan Perkidmatan (SST) yang begitu beria-ia diperjuangkan PH untuk siapakah sebenarnya?

Yang kita lihat hanyalah kehilangan pendapatan untuk negara yang menyebabkan penerima BR1M tidak seramai dulu, bonus kakitangan awam hampir tiada, satu tangga gaji tambahan tidak dapat dilaksanakan, penarafan hutang turun menyebabkan pelabur lari dan macam-macam lagi kemusnahan terhadap negara ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori