Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Isu SST Untuk Kad...

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengambil maklum berhubung aduan pengguna...

Usah Bermain Soal Nyawa.....

Penyakit denggi tak mengenal sesiapa.Buktinya pelakon terkenal Shaheizy Sam antara mangsa penyakit ini...

Malaysia Raih Trofi Piala...

CHASSIEU - Malaysia berjaya meraih trofi Piala Dunia Pastri 2019, berikutan kejayaan tiga...

Wanita UMNO Cheras Imarahkan...

KUALA LUMPUR - Dalam usaha mengimarahkan al-Quran pada Ramadan kali ini, kira-kira 450...

Kapten Bola Sepak Mexico Dituduh ‘Orang Kartel Dadah’

MOSCOW – Kapten pasukan bola sepak kebangsaan Mexico yang kini beraksi dalam Piala Dunia 2018 di Rusia, Rafael Marquez memang terkenal dalam sukan tersebut.

Namun mungkin tidak ramai tahu beliau berada dalam senarai hitam Amerika Syarikat (AS) atas dakwaan terbabit penggubahan wang haram untuk kartel dadah.

Oleh sebab Márquez, 39, berada dalam senarai hitam Jabatan Perbendaharaan AS sejak Ogos 2017, mana-mana individu, perniagaan atau bank Amerika dilarang berurusan dengannya.

Márquez dan beberapa perniagaan dikaitkan dengan beliau didakwa bertindak sebagai ‘wakil’ dan pemegang aset Raúl Flores Hernández yang disyaki memimpin sebuah pertubuhan mengedar dadah.

Walaupun beliau tidak didakwa secara rasmi atas jenayah tertentu, aset kewangan Márquez di AS termasuk asetnya yang ada hubung kait dengan rangkaian kewangan Amerika, telah dibekukan.

Pemain itu menafikan sekeras-kerasnya ada sebarang hubungan dengan pengedar dadah dan mengupah sepasukan peguam untuk cabar penyenaraian namanya dalam senarai berkenaan selain memujuk penaja yang ada keraguan.

Persekutuan Bola Sepak Mexico dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengetahui kedudukan Márquez sejak sekian lama tetapi membenarkan beliau dinamakan sebagai kapten di Piala Dunia kali ini.

Kedua-dua pertubuhan itu juga bekerjasama membantu Marquez mengelak sebarang masalah dengan Jabatan Perbendaharaan AS sepanjang berada di Rusia.

“Kami memang serius tindakan Jabatan Perbendaharaan Amerika dan mengambil langkah menstruktur jadual sepanjang Piala Dunia supaya tidak melanggar undang-undang sekatan AS,” kata Persatuan Bola Sepak Mexico.


Malah, langkah sudah diambil sebelum Piala Dunia bermula, lapor akhbar The New York Times.

Márquez berhenti bermain untuk kelabnya, Atlas di Guadalajara dan tidak berada dalam senarai pemain kebangsaan selama beberapa bulan supaya peguamnya menggerakkan langkah dalam kesnya.

Pertubuhan Bola Sepak Mexico hanya menamakannya dalam pasukan kebangsaan untuk Piala Dunia ketika tarikh akhir pemain semakin hampir.

Marquez juga terlepas perlawanan persahabatan menentang Wales di Rose Bowl, Pasadena, California, kerana dia dilarang masuk ke AS.

Malah, ketika dalam latihan sebelum kejohanan Piala Dunia, dan juga di Rusia, jersi Marquez tidak ada logo penaja.

Selain itu, penerbangan juga perlu dirancang teliti kerana Márquez tidak dibenarkan menaiki mana-mana pesawat milik AS. – Agensi

Kategori