Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Trafik Lancar Di Lebuh...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar dan...

BN Umum Pendirian Hudud...

PUTRAJAYA - Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan pendirian parti itu berhubung pelaksanaan hukum...

Pemandu GrabCar Maut Sakit...

SEPANG - Suasana di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di...

M. Nasir Positif COVID-19,...

KUALA LUMPUR: Komposer dan penyanyi tersohor, Datuk M. Nasir positif COVID-19 dan sedang...

Kata-Kata Semangat Neelofa Buat Haqiem Rusli…

PELAKON dan pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa menasihatkan penyanyi berbakat besar, Haqiem Rusli agar jangan cepat putus asa dengan cabaran dalam industri seni.

Neelofa berkata demikian menerusi salah sebuah entri terbaru yang dimuat naik di laman sosial, Twitter miliknya pada Khamis sebagai tanda sokongan buat Haqiem yang didakwa bakal bersara.

“Semangat positif untuk Haqiem. Sentiasa menjadi diri sendiri dan jangan mudah mengalah. Anda ada sokongan peminat dan mereka menyayangi anda,” kata Neelofa yang sudah hampir sembilan tahun berada dalam industri.

Terdahulu, Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli ada memuat naik beberapa status di laman sosial miliknya yang menggambarkan dirinya agak kecewa.

Keadaan menjadi ‘huru-hara’ apabila penyanyi berusia 21 tahun itu mengumumkan bakal ‘berehat’ daripada media sosial dan memberi ‘bayangan’ seolah-olah dirinya akan bersara daripada bidang suara.


Perkara tersebut secara tidak langsung telah menimbulkan banyak spekulasi daripada pelbagai daripada peminat yang menganggap penyanyi pujaan mereka akan bersara.

Pun begitu, penyanyi itu menjelaskan bahawa dia hanya akan membuat keputusan berhubung perkara tersebut pada Julai depan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori