Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Mayat Wanita Warga Emas...

IPOH - Mayat seorang wanita warga emas dengan beberapa kesan luka ditemui di...

Shahidan Merungut Tak Dijemput...

Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim merungut dia tidak dipanggil turun ke padang semasa...

Kenapa PKR Takutkan Saya?...

DALAM nada kecewa, penceramah yang juga ahli akademik Universiti Pertahanan, Dr Ridhuan Tee Abdullah...

Dari Pelakon, Ruminah Sidek...

SELEPAS mendirikan rumah tangga, sudah jarang kita lihat pelakon veteran Ruminah Sidek muncul...

Kawal Pemakanan Semasa Hari Raya – Dr Dzulkefly

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan konsep ‘Suku-Suku Separuh’ dalam memilih aneka jenis makanan yang disajikan semasa Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata pengambilan makanan yang tidak terkawal ditambah dengan kurangnya aktiviti fizikal semasa musim perayaan boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan risiko mendapat penyakit kronik.

Menurutnya tips utama yang perlu dipegang adalah dengan bersederhana dan makan mengikut keperluan kalori harian.

“Kita perlu memastikan suku pinggan diisi dengan nasi, roti atau sumber karbohidrat, suku pinggan dengan sumber protein seperti ikan, ayam, atau daging dan separuh pinggan lagi diisi dengan sayur dan buah-buahan.

“Air kosong juga merupakan pilihan terbaik berbanding minuman berkarbonat. Amalan ini bukan sahaja membantu mengawal berat badan malah dapat mengelakkan pembaziran makanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, sempena sambutan ulang tahun ke-15 Hari Penderma Darah Sedunia hari ini, Dr Dzulkefly berharap semua masyarakat di Malaysia tidak mengira latarbelakang agama dan bangsa untuk tampil menderma darah secara berterusan.


Katanya buat masa ini, secara purata 2,000 beg darah diperlukan setiap hari untuk kegunaan 1,000 orang pesakit di hospital-hospital di seluruh negara.

“Darah dan komponen darah diperlukan untuk menampung peningkatan populasi dan perkembangan perubatan dalam menangani penyakit dan keadaan kecemasan,” katanya dalam kenyataan berasingan. – BERNAMA

Kategori