Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PN Tidak Gentar Saingan...

KULAI : Perikatan Nasional (PN) tidak gentar dengan hasrat Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)...

Kerajaan Naikkan Elaun 43,595...

PUTRAJAYA : Kerajaan bersetuju menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan Jabatan...

Tiada Sesiapa Terkecuali Daripada...

BANGKOK – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa tiada sesiapa boleh...

Adenan Sedia Timbang Lanjut...

KUCHING - Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem sedia mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh...

KDN Tahu Jamal Masih Berada Di Indonesia

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) tahu Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos kini masih berada di Indonesia setelah menghilangkan diri sejak 25 Mei lepas.

Menteri berkenaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia untuk tindakan susulan untuk menangkap dan membawa Jamal balik ke Malaysia.

“Saya diberitahu dia masih ada di Indonesia, tempat-tempat tertentu pun kita tahu, kerjasama dengan pihak polis Indonesia itu lebih baik dan mereka sudah beri bayangan untuk tindakan-tindakan susulan untuk menangkap Jamal, sebab arahan kita adalah untuk menangkapnya dan membawa balik ke Malaysia,” katanya di sini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Polis Negara di Bukit Aman hari ini.

Jamal, 48, dilapor menghilangkan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri pada 25 Mei dengan kehilangannya disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jamin beliau kira-kira 5.30 petang.

Jamal didakwa atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar keluar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, Selangor pada 5 Oktober tahun lepas.

Selain itu beliau turut disiasat atas beberapa kes lagi termasuk di bawah Seksyen 34 Akta Senjata 1960.


Pada 5 Jun, Jamal menerusi satu rakaman klip video, mendakwa masih berada di Malaysia.

Selain itu, dalam klip video terbaru pada 22 Jun lepas, Jamal yang turut bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada Ahad lepas, berkata beliau masih berada dalam negara dan meletakkan syarat dipilih menang jawatan berkenaan sebelum menyerah diri kepada polis.

Jamal bagaimanapun tewas dalam perebutan kerusi berkenaan yang menyaksikan pertandingan sembilan penjuru yang akhirnya dimenangi oleh anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. – BERNAMA

Kategori