Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Malaysia Serius Banteras...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia serius dalam membanteras gelaja rasuah dan ini terbukti...

2 Maut Struktur Besi...

KUALA LUMPUR - Dua pekerja kontraktor maut, seorang lagi tersangkut dan seorang pemandu...

Wan Azizah Rasmi Kongres...

KUALA LUMPUR - Bekas presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan merasmikan...

Negara Ini Amat Miskin...

JUBA - Pada 9 Julai ini merupakan hari ulang tahun kemerdekaan yang kelima...

Keadaan Anwar Bertambah Baik – Wan Azizah

SHAH ALAM – Keadaan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) malam tadi berikutan masalah kesihatan bahu kanan dan bahagian belakangnya, semakin baik pagi ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata berikutan perkembangan itu suaminya dijangka pulih dalam masa terdekat.

“Saya sempat melawat beliau pagi tadi sebelum saya hadir rumah terbuka Selangor hari ini. Alhamdulillah, teruskanlah berdoa… kami amat berterima kasih kepada semua yang mendoakannya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor di sini, hari ini.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Anwar telah dikejarkan ke PPUM kerana kesakitan di bahu serta bahagian belakang selepas pulang dari Turki semalam.

Kunjungan Anwar ke Turki bermula Khamis lepas, adalah atas undangan Presiden Recep Tayyip Erdoğan.

Sementara itu, ketika diminta mengulas penahanan peguam Siti Zabedah Kassim atau Siti Kassim malam tadi atas dakwaan menghalang tugas penjawat awam, Dr. Wan Azizah menyerahkan siasatan kes itu kepada pihak polis.

“Saya tidak ikuti (kes), saya serahkannya kepada polis kerana saya juga sibuk dengan suami saya,” katanya.

Peguam itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 12.40 malam susulan laporan polis dibuat seorang wanita yang mendakwa anak perempuannya berusia 24 tahun dilarikan oleh Siti Kassim, ketika sedang menjalani pemeriksaan psikiatri oleh doktor di Hospital Kajang, Khamis lepas.


Dr. Wan Azizah yang juga presiden PH dalam pada itu menyambut baik keputusan Anggota Parlimen Bagai Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali yang ingin menyertai PH selepas mengumumkan keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Sambil menyatakan bahawa keputusan itu adalah hak anggota Parlimen tersebut, timbalan perdana menteri berkata pihaknya mengalu-alukan mana-mana anggota Parlimen atau anggota Dewan Undangan Negeri yang ingin bersama-sama PH membawa perubahan kepada negara.

Ketika ditanya sama ada PH akan menerima Noor Azmi sekiranya beliau ingin menyertai pakatan itu, Dr. Wan Azizah berkata perbincangan mengenai perkara tersebut akan diserahkan kepada PH Perak.

Noor Azmi ketika mengumumkan keputusannya itu dalam sidang media di Bagan Serai, Perak hari ini, turut mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kepimpinan PH serta Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.

Beliau yang memenangi kerusi Parlimen itu atas tiket BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan majoriti 172 undi berkata, keputusan tersebut dibuat setelah setelah mengambil kira kepentingan rakyat yang diwakilinya serta demi kepentingan agama, bangsa dan negara. – BERNAMA

Kategori