Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Malaysia Kutuk Tindakan Israel...

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menutup Masjid Al-Aqsa, kata Perdana...

Pemandu Treler Dihukum Penjara...

DENVER: Seorang pemandu treler dijatuhi hukuman penjara 110 tahun pada Isnin kerana menyebabkan...

Kit Ujian Covid-19 3...

KETIKA ramai masih mencari kit ujian pantas Covid-19 ada pihak dikesan cuba mengambil...

Terus Bersuara Untuk Rakyat...

MELAKA - Bekas Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Goh Leong San...

Kecoh Jaket Dipakai Melania Trump Beri Mesej Salah

TULAR… Ia hanya jaket biasa namun tulisan di belakang pakaian itu menyebabkan Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Melania Trump mendapat kecaman teruk netizen di negara berkenaan.

Ia selepas tular gambar menunjukkan dia mengenakan jaket dan menimbulkan kontroversi ketika mengunjungi kanak-kanak pelarian yang terpaksa dipisahkan daripada ibu mereka susulan krisis kem tahanan imigresen AS.

Walhal sehari selepas itu, Presiden Donald Trump bertindak segera membatalkan arahan pengasingan tersebut yang mendapat pujian pelbagai pihak termasuk badan hak asasi manusia kerana prihatin dengan isu kemanusiaan.

Dalam perintah terbaharu itu, Trump malah mengarahkan supaya ahli keluarga tidak dipisahkan ketika pendatang asing tanpa izin tersebut ditangkap pihak berkuasa kerana masuk secara haram ke AS dari jirannya, Mexico.

Justeru menurut jurucakapnya, Stephanie Grisham, Melania mengambil keputusan untuk lawat pusat tahanan yang menempatkan kanak-kanak berkenaan, kerana sangat mengambil berat mengenai isu yang cetus kontroversi itu.

Namun jaket dipakai ketika mengunjungi pusat tahanan itu menimbulkan perdebatan kerana ia tertera tulisan ‘Saya tidak peduli, bagaimana anda?’ di bahagian belakang, seolah-olah beri mesej berbeza daripada kunjungannya itu.

“Ia hanya jaket. Tiada mesej tersembunyi. Saya harap selepas lawatan di Texas ini, pihak media tidak lagi memilih untuk memberi lebih tumpuan kepada imej pakaiannya,” kata Grisham dalam nada sindiran kepada wartawan.


Ketika lawatan berkenaan, Melania bahkan berpeluang bertemu dengan ramai kakitangan pusat tahanan imigresen tersebut yang dilaporkan menempatkan sejumlah 55 orang kanak-kanak berusia antara 12 tahun hingga 17 tahun.

Sementara itu, Trump ketika mempertahankan isterinya, menyalahkan pihak media dan memuat naik mesej di Twitter: “Ayat yang tertera di belakang jaket Melania merujuk kepada sikap media yang menyiarkan berita palsu.

“Melania sudah belajar mengenai betapa tidak jujurnya mereka (pihak media), dan kini beliau tidak lagi peduli!”

Bagaimanapun, apabila beliau tiba di McAllen, Texas, wanita pertama itu dilihat sudah menukar jaket kontroversil itu dengan jaket lain. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori