Tuesday, November 19, 2024

Creating liberating content

Muka Iras Suspek Bom...

HANYA kerana memiliki wajah seiras suspek yang amat dikehendaki Polis Diraja Thailand untuk...

Haramkan Kahwin Budak, Ambiga...

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu lebih berani dalam membuat keputusan yang tegas mengenai...

UMNO Selangor Kerah 25,000...

SHAH ALAM – Badan Perhubungan UMNO Selangor akan mengerahkan 25,000 ahlinya bagi menyertai...

18 Tahun Belum Boleh...

KUCHING : Kelayakan umur bagi pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik...

Kejayaan Asyraf Wajdi Tanda UMNO Perlu Pembaharuan

KEMENANGAN Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO beri isyarat pada anjakan paradikma dalam parti tersebut.

Lapor akhbar tempatan, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim berkata, kejayaan Asraf Wajdi memberi isyarat kepada perubahan secara total dalam parti itu bagi menawan semula kepercayaan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Rafizal menambah, pendekatan yang serba baharu ini akan menjadi perhatian rakyat untuk terus yakin dalam perjuangan UMNO.

“Kita (Pemuda UMNO Pulau Pinang) mengucapkan tahniah kepada beliau kerana berjaya memenangi jawatan itu (Ketua Pemuda UMNO).

“Pada masa yang sama, perlu diingat, yang menang itu ‘tidak menang’ kesemuanya dan yang kalah juga ‘tidak kalah’ semuanya.

“Kini menjadi tugas kepada beliau (Asyraf Wajdi) untuk menyatukan semula bahagian-bahagian (UMNO) dengan seberapa segera agar titik persamaan dapat ditemukan untuk kembali dalam usaha memenangi hati rakyat,” katanya hari ini.


Ashraf Wajdi, 42, diumumkan secara rasmi sebagai Ketua Pemuda UMNO menerusi Twitter Pemilihan UMNO 2018 hari ini selepas memperoleh 73 undi berbanding pencabar terdekatnya, Khairul Azwan Harun dengan 62 undi.

Mankala Dua lagi calon untuk jawatan itu iaitu Mohd. Shahar Abdullah dan Datuk Seri Jamal Yunos pula masing-masing memperoleh 58 dan dua undi.

Bagi jawatan Ketua Puteri UMNO dimenangi oleh Datuk Zahida Zarik Khan menewaskan lawannya iaitu Nor Hazreena Mohamad Hashim. – MYNEWSHUB.CC

Kategori