Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kontrak Senator Tamat, Idris...

SALAH seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala disahkan tidak...

Maknanya, Dah Tak Boleh...

BANYAK janji yang dulu dikatakan akan dilaksana dalam tempoh 100 hari kalau Pakatan...

Ada Keperluan Semak Semula...

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin berkata...

Serangan Christchurch: Mangsa Terkorban...

CHRISTCHURCH - Angka kematian dalam serangan di masjid Al Nooor, Christchurch, New Zealand...

Kelantan Hadapi Kelemahan Jentera Serangan, Tengah

KOTA BHARU – Kelemahan jentera serangan dan tengah adalah antara penyebab kegagalan Kelantan memperoleh sebarang mata bagi memperbaiki kedudukan untuk keluar daripada zon penyingkiran ke Liga Premier musim depan.

Pemangku Ketua Jurulatih The Red Warriors Yusri Che Lah berkata pihaknya perlu melipatgandakan usaha bagi mengatasi masalah itu dan membolehkannya terus beraksi dalam saingan Liga Super menerusi enam perlawanan yang masih berbaki.

“Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan yang dialami The Red Warriors dan kita akan berusaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin mata pada perlawanan seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan antara kelab PKNS FC dengan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, malam tadi.

PKNS FC menewaskan pasukan tercorot, Kelantan 2-0 hasil jaringan pemain import dari Brazil, Bruno Oliveira de Matos seawal minit keempat dan minit ke-86.

Yusri berkata beliau tidak akan lari daripada tanggungjawabnya untuk kembali membawa kegemilangan kepada Kelantan yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai gergasi pantai timur.

Sementara itu pengendali PKNS FC Datuk K Rajagopal berkata pengalaman yang dimiliki oleh pasukannya merupakan antara resipi membantu menewaskan The Red Warriors buat kali ketiga pada musim ini.


“Kita tidak mempunyai apa-apa rahsia cuma mempunyai sedikit pengalaman berbanding pasukan Kelantan yang dibarisi ramai pemain muda musim ini.

“Secara hakikatnya malam ini (semalam) kami tidak bermain dengan baik kerana kami hanya mampu menjaringkan gol hasil daripada kesilapan pemain Kelantan.

Kelantan kini berada di kedudukan tercorot liga dengan mengumpul sebelas mata selepas 16 perlawanan hasil daripada tiga kemenangan, dua seri dan sebelas kekalahan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TRW

Kategori